Telan Air Liur Dibuatnya! Jom Belajar Resepi Eina Azman, Paru Goreng Berlada Pedas Kaw-Kaw

Paru goreng berlada pedas kaw-kaw is doneee… “

Haa bagi mak-mak dekat luar sana tu, mesti anda tahu tagline di atas kan? Donna faham, bila tak ada idea nak masak masa ni lah anda akan buka telefon dan scroll kat media sosial untuk cari resepi atau menu yang menarik untuk dihidangkan buat keluarga. Paru goreng berlada ni memang menjadi lauk kegemaran orang ramai, tambah lagi masyarakat Melayu yang suka dengan makanan pedas, memang sesuai sangat lah untuk dijadikan sebagai lauk utama untuk menu tengahari anda nanti.

Bagi wanita bekerja, mesti anda mahu sesuatu yang lebih ringkas dan mudah. Jadi apa kata anda belajar resepi daripada Eina Azman kerana hanya empat bahan anda boleh menyiapkan dalam masa yang singkat dan sedap! Jom tengok resepi di bawah, mana tahu boleh kongsi dengan mak mertua sekali hiks.

View this post on Instagram

Alhamdullilah done cooking Paru Goreng Belado Pedas KawKaw 🌶 🌶 🌶 #itsdonebyeinaazman #carasayabyeinaazman #takkenaltakcinta

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Bahan tumbuk kasar:

5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
3 tangkai cili hijau
3 tangkai cili merah
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara Penyediaan

Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dengan menggunakan api perlahan. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan betul betul sejuk. Akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng garing. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Tengok video di atas pun dah telah air liur dibuatnya, tunggu apa lagi lepas ni anda boleh cuba resepi ni untuk dihidangkan pada keluarga, pasti mereka suka! Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Sumber: Instagram
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna