Teknologi Makin Hebat! Jom Lihat Idea Buat Bisnes Khas Untuk Suri Rumah

Bila dah masuk generasi millennium ni, penggunaan telefon mudah alih sudah seperti menjadi sumber ‘udara’ kedua bagi setiap orang. Tak kan boleh melakukan kerja-kerja harian jika tanpa telefon pintar di tangan lebih-lebih lagi yang mempunyai kerjaya dalam sektor media. Segalanya menggunakan teknologi.

Teknologi dah maju berkembang sejajar dengan peredaran masa sehingga kita sendiri tak dapat nak kejar. Tapi, tak ramai yang tahu medium digital ni bukan saja untuk kita mengetahui isu semasa atau mendapatkan hiburan semata tapi sebenarnya, boleh menjana pendapatan bagi wanita yang berumah tangga.

Sumber: de.digital

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana mereka yang suri rumah boleh menjana pendapatan kan? Hm, nama pun kita sudah berada pada zaman millennium jadi, gunakan sebaik yang mungkin. Jangan ingat wanita bekerja je boleh dapat income bulanan, ihiks! Apa yang mereka boleh memanfaatkan medium digital ini adalah..

Menjadi ejen

Mereka boleh menjadi ejen di sesuatu tempat bagi produk yang dikeluarkan oleh para usahawan. Sekaligus dapat membantu mereka mendapat pendapatan melalui komisyen daripada produk yang berjaya dijual hanya melalui media digital. Lebih-lebih lagi menjadi ejen kepada produk yang popular. Letak je informasi di status semua platform. Pasti ada yang memberi respon. Bukankah ia dapat membantu pendapatan isi rumah?

Bekerja di rumah

Selain daripada menmbuat kerja rumah, mereka juga boleh membuat pendapatan sendiri dengan membuat peniagaan mereka sendiri menerusi laman media sosial. Misalnya, mana-mana suri rumah yang pandai memasak, menjahit atau hebat dalam sesuatu perkara, mungkin mereka boleh menjual servis dan produk mereka tanpa membuka kedai. Hanya menggunakan platform media saja. Bukankah ia memudahkan?

Review

Disebabkan platform media sosial dapat menyebarkan sesuatu perkara kepada orang ramai dengan lebih efisien dan pantas. Mereka boleh melakukan sesuatu lain dari yang lain supaya dapat menarik perhatian orang ramai untuk melihat mereka di media sosial untuk bercakap tentang sesuatu produk. Kalau kita lihat banyak dah sekarang ni wanita suri rumah buat review barang dekat rumah je. Dari situ je, dah dapat pendapatan dan barang percuma.

Sumber: commedia

Alangkah bagusnya kalau mereka bijak dalam mengambil kesempatan dengan menggunakan medium digital ini sebagai ‘brand awareness’. Ha.. Ini adalah salah satu cara memperkenalkan produk kepada orang ramai dengan cepat, mudah dan lebih dekat supaya mudah diterima ramai.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni media bukan saja melalui paparan televisyen atau billboard tapi menerusi radio, YouTube, Google Ads, Facebook, Twitter dan juga website. Dari platform ni, peniaga boleh mengiklankan produk mereka. Segalanya dihujung jari.

Luaskan Perniagaan Anda!

RIPPLE ENGAGE Digital Media & Broadcast Marketing Expo yang akan berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 23 September sehingga 27 September 2019 nanti merupakan sebuah seminar yang membolehkan anda untuk mengiklankan produk anda bukan sahaja di radio namun juga di platform digital seperti Youtube. Ha, ada yang berminat? Klik di sini untuk lebih maklumat.

 

 

 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini:

Aktifkan ‘Parental Control’ Untuk Selamatkan Keselamatan Si Manja ,

 Berbulan Pun Tak Berkulat! Lah Macam Ni Rupanya Nak Buat Cili Kisar Tahan Lama

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna