Tebalkan Rambut Dengan 2 Bahan Ni

Memiliki rambut tebal, licin, bersinar dan sihat adalah impian semua wanita. Tak kiralah berhijab atau pun tidak. Nafsu ingin memiliki rambut yang cantik mesti ada. Lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkahwin, tak nak la nanti  pakai tudung macam Neelofa, tapi bila buka tudung macam bayi baru nak tumbuh rambut. Nak ke?

Tapi sebelum tu, maaf kami katakan perkara ini. Kalau anda mengalami sebarang penyakit yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk, itu cerita lainlah. Tip ni untuk mereka memang asal berambut nipis tapi inginkan rambut yang tebal. Mungkin dengan usaha menggunakan bahan semulajadi, boleh berhasil.

via GIPHY

Antara bahan campuran yang dapat melebatkan rambut adalah…

Bahan-bahan

  1. Syampu rambut yang tidak mempunyai bahan kimia yang kuat.
  2. Minyak zaitun.

Cara bancuhan

  1. Panaskan secawan setengah minyak zaitun sehingga suhu badan.
  2. Ambil minyak suam tadi untuk sapu pada kulit kepala. Sambil tu urut-urutla kulit kepala tu.
  3. Biarkan rambut bersama minyak zaitun 30 hingga 45 minit.
  4. Akhir sekali, cuci rambut dengan syampu rambut.

Agak leceh kerana hampir sejam walaupun prosesnya 4 langkah saja. Tapi, nak cantik cuba cari dan luangkan masa untuk jaga penampilan. Kalau tak untuk kepuasan diri sendiri, lakukan untuk pasangan.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Dalam Tak Sedar, Punca Rambut Rosak Sebenarnya Berpunca Daripada Kita Sendiri ,

Ketahui Formula Telur Untuk Rawatan Rambut

 

 

 

 

Sumber: soul.factors

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna