Tawar Hati Bukan Perasaan Benci, Apa Sebenarnya Punca Boleh Berlaku?

“Orang yang suka bercakap jujur akan peroleh dua perkara cinta dan rasa hormat”

Kebiasaannya kaum wanita ni kalau bab sayang memang nombor satu, segala perkara dia sanggup lakukan demi orang yang mereka cinta. Tapi jaga-jaga bila dah wujudnya perasaan tawar hati dalam diri sekelip mata je boleh tinggalkan pasangan tanpa rasa bersalah. Haa bahaya kan? Ada juga yang menganggap atau mungkin salah faham tentang maksud sebenar tawar hati.

Bagi pihak lelaki apabila wanita membuat keputusan untuk meninggalkannya mungkin mereka akan merasakan bahawa tindakan tersebut kejam dan tidak munasabah. Namun hakikatnya wanita sering merasakan dirinya tidak lagi dihargai dan sering berada dalam fasa ‘makan hati’ sepanjang dalam perhubungan.

 

Related image

Sumber: shuttershock

Perhatian 

Sedangkan kucing pun mahukan belaian ini kan pula manusia, betul tak? Memang jadi lumrah wanita sukakan perhatian daripada orang yang dia sayang tetapi jika pasangan mereka bertindak untuk tak ambil tahu tentang isterinya itu akan menyebabkan mudahnya wanita berasa jauh hati.

Silap besar jika pasangan sering berada dalam comfort zone kerana mereka menggangap bahawa pasangan mereka sudah dimiliki jadi tidak perlu risau kerana apa yang terjadi seorang wanita akan tetap kekal bersama. Makin lama anda dengan pasangan, lagi banyak perkara yang anda harus ambil berat tentang mereka.

Curang 

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Sama juga dengan kes curang, katanya hanya sekadar kawan tapi kelakuan saling bermesra. Jadi bagaimana seorang wanita mampu untuk bertahan apabila dia tahu bahawa pasangannya ada orang lain selain dirinya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kes macamni anda boleh klik di sini

Tolonglah Berubah! Mudahnya Suami Berlaku Curang Ketika Isteri Sarat Mengandung

Related image

Sumber: xtra

Tak Pandai Pujuk 

Wanita ni memang sifatnya suka merajuk kadang-kadang perkara kecil pun cepat terasa hati. Biasalah waktu merajuk ni la masa yang sesuai untuk bermanja-manja dengan pasangan. Tapi apa yang sering berlaku pada zaman kini adalah kebanyakan para lelaki tidak mengendahkan apabila isterinya merajuk.

Bila tak pujuk, masing-masing akan buat hal sendiri. Bila wanita terpaksa pujuk hati sendiri mula lah perasaan tawar hati tu muncul. Segala perkara yang pasangan anda lakukan pada waktu itu bukan lagi tanggungjawab anda. Jadi untuk mengelakkan daripada perkara di atas berlaku maka hargailah pasangan anda sebelum ianya menjadi semakin teruk.

 

 

 

 

 

Sumber: bicarafarah

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna