Tauhu Sumbat Bersalut Serbuk Roti, Menu Untuk Rumah Terbuka Yang Mudah & Sedap

Rasa sekejap masa berlalu, tup-tup minggu pertama Syawal dah pun berlalu. Bila masuk minggu kedua, sudah pasti ramai yang mengadakan rumah terbuka pada hujung minggu. Termasuklah kita sendiri. Mana taknya, Aidilfitri setahun sekali, masa inilah nak ajak orang ramai berkumpul untuk bermaaf-maafan.

Bila mengadakan rumah terbuka, tak kan nak jemput 10-20 orang je kan? Mesti lebih dari itu dan sebolehnya menu pilihan adalah resipi yang cukup mudah. Iyalah, takut tak menang tangan pula kalau buat menu yang susah dan rumit. Selalunya menu sampingan kebanyakan kita hidangan agar-agar atau kuih-muih.

Bosan kan? Tak apa, tahun ni tak perlu hidang menu yang bosan sebab Donna nak kongsikan menu Tauhu Sumbat  Bersalut Serbuk Roti yang mudah, murah dan sedap! Tak sampai 30 minit, hidangan untuk 50 orang dah siap.

Bahan-bahan

  1. Serbuk roti.
  2. Telur yang sudah dipukul.
  3. Daging hancur sebungkus
  4. Bawang  putih 6 ulas yang sudah diketuk
  5. Bawang merah 3 biji besar yang sudah di potong dadu
  6.  Sebiji lobak merah yang sudah disagat halus
  7. Cendawan butang satu tin yang sudah dihiris
  8. Cili padi 4 batang yang sudah dihiris
  9. Serbuk lada hitam & putih
  10. Tauhu yang sudah di belah tengah
  11. Garam

Cara penyediaan

  1. Goreng bawang merah dan putih sehingga kekuningan atau naik bau.
  2. Masukkan daging hancur dan gaul sehingga masak.
  3. Kemudian, campurkan lobak merah, cendawan butang dan cili padi. Gaul sehingga harmoni.
  4. Taburkan sedikit garam, lada hitam dan putih untuk rasa yang lebih padu.
  5. Sumbatkan inti tadi ke dalam tauhu yang sudah di belah tengah.
  6. Salut dengan telur dan serbuk roti secara menyeluruh.
  7. Gorengkannya! Pastikan anda sentiasa monitor tauhu ketika menggoreng untuk mengelakkan hangit.
  8. Hidangkan bersama sambal kicap.

Nyumm! Kecur air liur bila kongsikan menu ni dengan anda semua. Senang je kan nak buat dia. Selamat mencuba!

Nota: Anggaran hidangan untuk 50 orang.

 

Lebih banyak lagi resepi klik sahaja link di bawah ini:

Nak Dinner Ala Korea? Malam Ni Jom Masak Ayam Goreng Pedas Korea!

Minuman Lazat! Jom Hidangkan Mocktail Raya Untuk Tetamu Anda

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna