Tanpa Suntikan Dan Pembedahan, Guna Cara Paling Selamat Hilangkan Kedutan

Semata-mata nak cantik dan nampak sempurna, anda pun tidak teragak-agak untuk melakukan suntikan di muka. Ish beraninya! Donna faham, apabila usia semakin meningkat perkara yang paling ditakuti oleh ramai wanita adalah proses penuaan. Semua orang pasti akan mengalaminya nanti, tapi adakah anda sudah membuat persediaan yang lengkap tanpa memilih jalan berbahaya?

Sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk menghilangkan kedutan di wajah malah dengan menggunakan bahan-bahan di bawah ia lebih selamat dan tidak memberi kesan yang berbahaya.

Related image

Sumber: india

Pisang

Haa, pisang bukan sahaja sedap untuk dimakan tapi ia juga merupakan cara paling efektif untuk mengurangkan kesan kedutan yang ada pada kulit. Jadikan ia sebagai masker kemudian biarkan air yang ada sehingga ianya menjadi kering. Kemudian bilas sehingga bersih, ingat lakukan secara konsisten barulah nampak hasilnya.

Minyak Zaitun

Untuk pengetahuan anda, penggunaan minyak zaitun dalam bidang kecantikan dan merawat kulit wajah sangat berkesan. Tambah pula ia sangat kaya dengan vitamin lengkap dengan zat-zat antibakteria yang baik untuk mengekalkan awet muda.

Image result for masker betik

Sumber: media

Masker Betik

Jom buat masker betik! Betik ni amat sesuai untuk mengurangkan kedutan di wajah. Apa yang anda perlu lakukan adalah potong betik dan lenyekkkan sehingga hancur. Kemudian campurkan sedikit madu dan air agar teksturnya menjadi pekat. Sapu pada wajah selama 20 minit kemudian bilas sehingga bersih.

Buah Tomato

Tomato sebagai pelindungan ekstra? Siapa yang tak nak bangun tidur je kulit dah cantik kerana sebiji tomato mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Potong secara membulat, kemudian tambahkan sedikit madu asli ke dalamnya. Biarkan di wajah anda selama 15 minit sehingga nutrisi dari tomato dan madu betul-betul meresap ke dalam kulit wajah.

Tada! Mudah sahaja kan? Dengan menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan mampu menghilangkan kedutan di wajah. Tapi jangan lupa untuk memakai sunscreen dan amalkan rutin pencegahan penuaan dan kedutan dari awal. Selamat mencuba!

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Senarai Makanan Ini Boleh Kurangkan Masalah Keguguran Rambut

 

 

Sumber: bukanaku 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna