Tangan Anda Berseni? Buat Duit Mudah Dengan Mengukir Buah

Pernah atau tidak melihat ukiran buah-buahan atau sayur-sayuran sering menjadi pelengkap di atas meja makan pengantin atau meja bufet?”

Ia juga mudah ditemui di restoran eksklusif, dewan bankuet, hotel, majlis makan malam, parti hari jadi dan juga dalam kelas-kelas masakan. Seni ukiran ini seringkali direka dalam pelbagai bentuk seperti bunga, tulisan, haiwan atapun objek tertentu sehingga kadangkala membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.

Sumber Foto: u2know.com

Istimewanya seni ini mempunyai kehalusan yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila ia diletakkan di sebelah meja yang dihiasi dengan gubahan yang menarik tentunya menghasilkan suasana seronok untuk semua yang hadir. Seni ini amat mudah dipelajari dan ukiran yang artistik memerlukan tumpuan dan kesabaran. Ini ada tip untuk anda yang ingin mencuba kemahiran ini.

Sumber Foto: fuzzytoday.com

  • Untuk menghasilkan sesuatu hiasan, anda hanya perlu mengukir sedikit demi sedikit di atas permukaan kulit buah dan sayur menggunakan pisau bersaiz kecil.
  • Bagi mendapatkan tona warna yang lebih menarik, pemilihan buah dan sayur yang berlainan warna akan menampilkan tona yang lebih menarik. Gabungan warna buah dan sayur-sayuran yang berwarna-warni pastinya lebih menarik
  • Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk kerja-kerja mengukir ialah seperti tembikai, tembikai susu, lobak putih dan merah, betik, epal, pear, nenas, pisang, mangga dan lain-lain. Buah dan sayur keras lebih mudah diukir dan buah yang lebih lembut memerlukan kebolehan tertentu dan latihan untuk memahirkan proses ukiran.
  • Bagi memudahkan proses mengukir, peralatan yang digunakan perlu diasah tajam bagi mendapatkan permukaan yang lebih terperinci

Hobi Atau Kemahiran Boleh Buat Duit Tau!

Kemahiran mengukir buah-buahan atau sayur-sayuran ini juga dikenali sebagai carving dan mampu menjana pendapatan lumayan kepada individu yang kreatif mengukir kerana ukiran pada makanan sentiasa mendapat permintaan ramai. Mungkin anda bukan chef terkenal yang bekerja di hotel ternama, namun jika anda berkemahiran untuk mengukir jadikan aktiviti ini sebagai hobi yang boleh mendatangkan keuntungan lumayan.

Iklan Di Laman Sosia

Sumber Foto: spoon-tamago.com

Jika anda mempunyai bakat mengukir menghasilkan sesuatu barangan, perkhidmatan mahupun karya, anda sebenarnya bertuah! Ini kerana kemahiran ini boleh menembusi pasaran online atau laman sosial. Apa yang penting, anda perlu bijak mencari pelanggan menerusi teknik networking yang berkesan.

 

Aktifkan Blog

Sumber Foto: kesato.com

Blog kini menjadi medium terulung untuk dijadikan sebagai tempat berkongsi maklumat mahupun minat. Jadi mengaut keuntungan adalah perkara yang mudah! Apa yang anda perlu lakukan adalah  dengan mengisi maklumat mengenai perkhidmatan anda. Kemudian paparan visual yang menarik agar mudah difahami.

 

Wujud Kelas Atau Bengkel

Sumber Foto: fastjapan.com

Anda juga boleh anjurkan kelas ataupun bengkel untuk disertai sesiapa sahaja yang berminat dengan kemahiran mengukir ini. Setiap peserta perlu membayar yuran penyertaan pada kadar tertentu. Namun pastikan level mengukir anda itu memang berada pada kelas tersendiri.

 

 

 

 

Sumber: suara.com karljhuecarvez.com

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna