Tanda-Tanda Serangan Jantung Bagi Wanita

Simptom-simptom atau serangan jantung bagi kaum wanita adalah sangat berbeza berbanding lelaki. Bagi kaum lelaki, mungkin tanda-tanda yang paling jelas adalah kesakitan yang tajam dirasai pada lengan kiri.

Serangan jantung seringkali berlaku kerana sekatan pada coronary arteries dalam jantung. Mereka yang berisiko pul adalah mereka yang mempunyai stress yang tinggi, perokok tegar, obesiti dan beberapa lagi faktor lain.

Namun, ternyata bagi wanita adalah berbeza dan mempunyai risiko untuk terlepas pandang akan kesakitan itu! Oleh sebab itu, Donna mahu kongsikan kepada pembaca supaya anda mengenal pasti tanda-tanda awal serangan jantung untuk mengelakkan daripada risiko menjadi lebih teruk.

via GIPHY

 

Sakit Di Dada

Terasa sakit pada bahagian dada atau perasaan tidak selesa. Ini merupakan satu simptom atau tanda-tanda yang paling biasa dialami. Para wanita yang berpotensi boleh mengalami perkara yang sama dengan simptom untuk lelaki. Namun, perasaan seperti squeezing dan ianya tidak semestinya hanya pada rusuk kiri yang disertakan dengan nausea dan pendek nafas.

Pening, Nak Muntah

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti pening kepala dan nak muntah tanpa mempunyai sebab yang jelas, anda mungkin sedang mengalami serangan jantung. Perasaan seperti baru sahaja anda berlari dari marathon dan tidak mampu untuk bergerak.

Sakit Tangan, Rahang & Leher

Para wanita sebenarnya mengalami simptom lebih banyak daripada lelaki. Bukan sahaja kesakitan itu tertumpu pada tangan kiri, malah, pada rahang dan bahagian belakang juga turut terasa akan kesakitan itu. Yang bahaya, apabila kesakitan ini boleh menyerang ketika tidur dan secara tiba-tiba. Jika anda mempunyai kesakitan yang tidak selesa, seolah-olah terasa seperti berat di bahagian perut, terus ke hospital!

Sentiasa Keletihan

Dalam pada masa yang sama, anda juga berisiko untuk sentiasa merasa letih. Letih seperti tidak mampu untuk menjalani aktiviti yang ringan. Jika terdapat tanda-tanda ini, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Berpeluh

Peluh yang Donna maksudkan adalah daripada stress yang berlebihan. Ya stress mampu untuk membuatkan tubuh badan kita berpeluh ya! Lebih baik berpeluh daripada senaman berbanding tekanan!

Semoga artikel ini dapat membantu para wanita di luar sana dengan memberi kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Hellodoktor.com

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna