Tanda Rakan Anda Mungkin Mangsa Keganasan Rumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan untuk hidup bahagia bersama pasangan dan keluarga masing-masing.”

Tiada siapa pun pasangan suami isteri menginginkan kehidupan yang porak-peranda. Namun, ada segelintir yang tidak menghiraukan tujuan dan janji-janji yang telah diberikan saat menikahi pasangan masing-masing. Ada yang sanggup mendera serta melakukan kekerasan kepada pasangan tanpa belas kasihan sehingga  fizikal dan emosi cedera. Keganasan rumahtangga adalah perlakuan keganasan terhadap pasangan yang melibatkan kecederaan fizikal, serangan seksual, gangguan emosi, ugutan, caciaan, dan pengabaian. Kebanyakkan kes keganasan rumahtangga yang berlaku hari ini melibatkan wanita, dan anak-anaknya.

Sumber Foto: sott.net

Bukan tiada lelaki menjadi mangsa keganasan rumahtangga, tetapi peratusannya kecil berbanding dengan wanita bergelar isteri. Ini mungkin kerana dikatakan wanita merupakan golongan yang lemah untuk melawan serangan yang dilakukan ke atas dirinya oleh pendera. Antara punca yang menyebabkan kes keganasan rumahtangga semakin meningkat disebabkan masalah kewangan, tiada kerjasama menguruskan keluarga, gangguan orang ketiga, penyalahgunaan dadah, tabiat berjudi dan pengaruh alkohol.

Kesan yang dialami mangsa penderaan sangat hebat. Jika perlaku menggunakan kekerasan fizikal, ia boleh menyebabkan mangsa cedera seperti, lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal dan kematian. Bagi pasangan yang gemar mendera emosi pasangan pula, ia akan menyebabkan mangsa kemurungan, cemas, tidak bermaya sehingga ada yang cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. Bukan setakat itu sahaja, malah disebabkan aktiviti tidak sihat ini menyebabkan berlaku salah laku sosial dalam kalangan anak-anak yang pernah menyaksikan sendiri keganasan ini. Ada anak-anak yang menjadi baran dan suka memulakan pergaduhan kerana terpengaruh dengan apa yang pernah dilihatnya sebelum ini. Berdendam juga adalah kesan yang kerap kali terjadi kepada anak-anak mangsa keganasan rumahtangga.

Sumber Foto: theroofstyle.com

Sebagai individu yang prihatin, anda digalakkan mengenalpasti rakan-rakan atau keluarga terdekat yang mungkin merupakan mangsa keganasan rumahtangga. Boleh dikatakan mangsa yang terlibat dengan kes penderaan selalunya gemar merahsiakan daripada umum kerana bimbang masalah menjadi lebih rumit. Selain itu ada juga yang tidak gemar untuk menceritakan kisah buruk kepada orang luar kerana takut ditertawakan setelah membuka aib pasangan sendiri.

Jika ada rakan atau keluarga anda mempunyai sikap seperti di bawah ini, anda boleh cuba mendekati mereka untuk membantu!

Sumber Foto: Google Image

  • Lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan kemalangan
  • Kemurungan dan kerap menangis
  • Kerap menghilang diri
  • Kerap datang lambat
  • Kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja
  • Takut terhadap pasangan
  • Tumpuan dan prestasi kerja merosot
  • Menyisihkan diri
  • Mempunyai masalah kewangan

Jika anda mangsa keganasan rumahtangga  atau mengetahui seseorang itu menjadi mangsa, jangan berdiam diri. Segera kongsi masalah anda dengan orang lain. Keganasan ini perlu dihentikan kerana anda atau individu tersebut berhak menikmati kehidupan yang bahagia. Jalankan tanggungjawab anda dengan membuat laporan segera ke pihak berkuasa. Katakan tidak kepada si pelaku keganasan rumahtangga!

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna