Talam Dua Muka! Rambut Sama Hitam, Hati Manusia Siapa Yang Tahu?

Kadang-kadang untuk menilai seseorang itu bukan hanya dari segi rupa paras yang cantik atau tampan, tetapi perwatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan kepada orang lain. Mungkin anda sering mengalami atau pernah berada dalam situasi di mana ada yang cuba untuk menjatuhkan anda secara senyap. Boleh saja dalam keluarga ataupun rakan di tempat kerja, tapi macam mana nak detect si talam dua muka ni?

Rasa Diri Bagus, Kritik Orang Lain

Image result for women show off at work

Sumber: pokemon

Ada je benda yang tak kena! Untuk menutup kelemahan diri dan menjadikan diri seseorang itu bagus, mereka akan membuat keputusan untuk memberi kritikan dan menegur semua perkara yang anda buat walaupun perkara itu adalah betul. Sekali buat salah, pasti akan ingat sampai bila-bila dan kemungkinan  besar mereka akan ungkit kesilapan tersebut untuk membuatkan anda rasa serba salah. Jadi hati-hati dengan orang yang perangai begini!

Hanya Hormat Pada Bos!

Image result for stress at work

Sumber: sandford 

Sikap individu yang baik akan menghormati orang lain tidak kira sama ada golongan atasan mahupun bawahan. Tingkah laku si talam dua muka ni selalunya akan memandang rupa dan suka menilai daripada luaran sahaja. Mereka akan lebih memetingkan darjat dan pangkat. Bak kata orang ‘ kaki kipas’!

Suka Menunjuk Sepanjang Masa

Related image

Sumber: employment

Jika si dia kerap menunjuk kehebatan diri dengan apa yang mereka miliki dan suka bercerita secara bermegah-megahan mungkin anda patut elakkan untuk sering bergaul dengan mereka kerana ia pasti akan membuatkan anda berasa rendah diri jika anda tidak memiliki atau mempunyai seperti apa yang si dia ceritakan.

Artikel berkaitan:

Lebih Baik Kentut Busuk Daripada Hati Busuk. Kenapa?

 

 

 

 

Sumber: maukerja

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna