Takut Petai Cepat Busuk? Apa Susah, Kita Awet Sendiri Je Lah!

Bagi peminat petai, pasti seronok bila dapat baca artikel ni kan? Mungkin ada yang siap tersenyum lebar bila kami nak kongsikan tip berharga ni dengan mereka. Iyalah, jenuh juga kalau nak kupas petai setiap dua hari sekali.

Maklumlah, kalau tiba hari malas kita tu, memang tak ingin nak buat. Masak pun campak-campak je tapi kalau dah ada alternatif lain untuk simpan petai dalam tempoh lama, bolehlah buat stok seminggu atau sebulan, ihiks!

via GIPHY

Apa pun jangan salah faham, apa yang dimaksudkan dengan awet petai dalam artikel ni bukan buat jeruk petai ye tapi ingin memastikan petai bertahan lebih lama.

Jom kita lihat cara mengawet petai dan untuk pengetahuan anda, perkongsian ini diambil daripada salah seorang pengguna Facebook.

Cara-caranya…

  1. Kupas kesemua petai. Kalau boleh kupas banyak-banyak. Iyalah, dah alang-alang nak awetkan dalam tempoh yang lama. Biar sekali banyak terus!
  2. Sementara itu, panaskan air sehingga mendidih.
  3. Selepas kupas, basuh kesemua petas yang sudah dikupas dan masukkan ke dalam bekas.
  4. Masukkan air panas mendidih ke dalam bekas berisi petai dan biarkan selama 2 hingga 3 minit.
  5. Sementara itu, sediakan satu lagi bekas yang mengandungi beberapa kiub ais dan air sejuk.
  6. Setelah itu, tapis petai tadi dan masukkan ke dalam bekas sejuk pula.
  7. Biarkan selama 10 minit.
  8. Angkat ke semua petai, toskan dan keringkan dengan tisu.
  9. Kemudian, masukkan ke dalam plastik untuk dibungkuskan.
  10. Masukkan ke dalam peti ais untuk penyejebekuan.
  11. Hidangkan bila nak makan.

Sumber: pesonapegantin

Tip ni bukan saja berguna untuk simpan buat stok tapi berguna untuk mereka yang ingin ke luar negara tapi ingin bawa petai bersama sekali. Ha, awetkan je sendiri dekat rumah, tak sampai sejam mek!

 

 

 

 

 

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pokok Petai Menangis, Percaya Boleh Tapi Jangan Taksub

Hidang Makan Malam Mudah Dengan Udang Cajun

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna