Takut Nak Makan Pil Perancang Keluarga Kerana Terlalu Percayakan Mitos?

“Eh kau makan pil perancang ni, tak takut gemuk ke nanti?”

Bila dunia sekarang ni di hujung jari, apa sahaja berita atau isu yang disiarkan dalam media sosial pasti anda akan percaya. Terlalu banyak mitos yang menjadikan ramai wanita dibelenggu untuk tidak mengambil pil perancang kerana takut akan kesan sampingan yang mengganggu kesuburan atau sukar mengandung pada masa depan.

Ini Kata Pakar

Menurut Dr John Teo Beng Ho, seorang pakar perunding obstetrik dan ginekologi, jika seseorang wanita itu mengambil pil perancang keluarga ia bukan hanya menyelamatkan nyawa tetapi meningkatkan kualiti kehidupan wanita. Kesan yang dialami seperti jerawat, sakit kepala, emosi berubah dan kurang keinginan seksual bukan berpunca daripada pil perancang tetapi akan hilang dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas penggunaanya.

Image result for women eat medicine

Sumber: web

Secara dasarnya wanita sihat boleh menggunakan pil perancang tanpa sebarang masalah dan tidak perlu bimbang dengan kesan sampingannya. Ini kerana berada statistik sebanyak 26 peratus takut dengan kesan sampingan, 24 peratus mendakwa jarang melakukan seks manakala 20 peratus lagi menyatakan bahawa mereka menyusu bayi dan selebihnya tidak mempunyai capaian perancang keluarga.

Mitos Dan Penerangannya

Mengurangkan keinginan seksual? 

Untuk pengetahuan terdapat pelbagai faktor yang mendorong keinginan seksual seseorang, kajian pil perancang dan kesan terhadap keinginan tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Sekiranya keadaan terus mengganggu dalam masa tiga bulan kaedah perancang keluarga boleh ditukar.

Menyebabkan Jerawat Timbul? 

Jerawat akan bertambah teruk sekiranya anda memakan pil perancang yang mengandungi hormon progesteron saja. Jika ia menjadi semakin teruk, anda dinasihatkan untuk menukar kaedah gabungan hormon yang boleh dicuba kepada pesakit. Cara ini boleh mengurangkan jerawat dan dan dapat diatasi dalam tempoh enam bulan.

Related image

Sumber: consume

Mengurangkan kuantiti susu ibu? 

Kajian Cochrane (Kumpulan penyelidik dan perubatan dari British) mendapati tiada bukti berkaitan perkara ini.

Bagaimanapun, enam bulan pertama selepas bersalin, pil gabungan hormon tidak digalakkan kepada ibu kerana risiko darah beku pada kaki atau dikenali sebagai thrombosis.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan penggunaan perancang keluarga dengan gabungan hormon selepas atau bersamaan enam minggu selepas melahirkan, enam minggu sehingga kurang atau bersamaan enam bulan selepas bersalin.

Risiko serangan jantung dan strok? 

Jangan salah anggap, kesan yang berlaku kepada wanita bukan disebabkan perancang keluarga tetapi wanita yang berusia 35 tahun ke atas yang merokok, berisiko mengalami serangan jantung. Ia sama seperti wanita yang mengalami migran akibat tekanan darah tinggi dan obesiti terutama indeks jisim tubuh melebihi 35.

Jangan mudah percaya pada mitos, jika anda ingin memastikan sesuatu perkara lebih pakai bertanya pada pakar perubatan agar ia lebih selamat.

 

 

Untuk artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Alamak! Macam Mana Nak Hilangkan Love Bite Malunya Kalau Mertua Tengok

 

 

 

 

Sumber : beritaharian 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna