Takut Ditipu Agensi Pelancongan? Baca Tip Keselamatan Ini Sebelum Anda Buat Keputusan

Buat suka ‘travel’ bercuti dengan menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan mungkin adalah cara terbaik untuk memastikan jadual perjalanan dapat dilakukan dengan lebih teratur. Hampir 300 individu tertipu baru-baru ini oleh agensi pelancongan yang melibatkan kerugian sebanyak dua juta hanya kerana pakej yang ditawarkan terlalu murah berbanding dengan perkhidmatan yang diberikan. Memang tak masuk akal!

Oleh sebab itu, Donna akan kongsikan kepada anda tip untuk mengelak diri anda ditipu oleh agensi pelancongan yang tidak boleh dipercayai.

Image result for travel agency"

Sumber: thetravelteam

Semak Lesen Agensi

Bunyi macam karut je sampai nak semak lesen agensi, betul tak? Tapi jangan ambil mudah, pastikan agensi pelancongan berkenaan memunyai lesen perniagaan yang sah. Bukan senang nak buka sebuah perniagaan ini, pastikan agensi yang anda berurusan sudah berdaftar dengan SSM.

Check Dalam Media Sosial

Zaman sekarang kan semuanya di hujung jari, jadi apa kata anda ambil masa untuk menyemak agensi pelancongan tersebut di media sosial dan lihat review pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Ini membantu anda untuk melihat kredibiliti sesebuah agensi pelancongan.

Image result for travel agency"

Sumber: travel

Lihat Dahulu Harga Pakej

Jika harga pakej terlalu murah anda perlu rasa curiga kerana mungkin harga tersebut tidak masuk akal. Sebagai contoh, trip ke Eropah 7hari 6 malam dengan kos RM2500. Memang terlalu murah dan tidak munasabah, jadi jangan mudah percaya. Syarikat seharusnya mengenakan harga mengikut harga pasaran dan walaupun ia murah tetapi masih relevan.

Tanya Pada Pelanggan Yang Pernah Berurusan Dengan Agensi

Mungkin anda boleh mengambil peluang untuk melihat komen review yang pernah berurusan dengan agensi berkenaan dan boleh berbual dengan lebih lanjut. Apabila ada yang mengatakan perkhidmatan yang ditawarkan tidak bagus, ia tidak bermakna syarikat tersebut adalah tipu secara 100%. Anda perlu faham bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak.

Ada Office Dan Staff?

Bukan untuk tubuhkan agensi pelancongan apatah lagi nak menguruskan lawatan ke luar negara. Syarikat yang boleh anda percayai adalah apabila wujudnya organisasi dan mempunyai tugas dan kepakaran tersendiri. Sentiasa peka, dan update untuk melihat mereka di media sosial, atau anda boleh memerhati dari video yang dimuat naik oleh mereka.

Jadi kalau tak nak kena tipu baca dulu tip-tip di atas untuk mengenali syarikat pelancongan sebagai langkah dan usaha menjadi mangsa tipu sekali gus dapat menyelamatkan diri daripada kerugian.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Dah Jadi Menantu Jangan Buat Kepala Sendiri, Baru Lah Mertua Sayang!

 

 

 

 

 

 

Sumber: jomlahcuti

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna