Takkan Balik Selagi Atok Strok Di Pondok Usang Tak Pindah- Ebit Lew

Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua-ebitlew

 

Namanya kini sering disebut-sebut dek kerana sifatnya yang suka menolong mereka yang dalam kesusahan. Walau ada yang memandang negatif namun itu tidak diendahkannya. Niat untuk membantu mereka yang memerlukan tetap diteruskan. Perkongsian Ustaz Ebit Lew baru-baru ini dalam membantu warga emas yang menghidapi strok terbaring dalam pondok usang membuka mata ramai.

Aduhai, sayunya hati melihat keadaan daif atok tersebut dan kisah ini dikongsikan Ustaz sendiri di laman facebook miliknya,

Ya Allah, maafkan diriku..saya yang salah

Menangis akhirnya sampai Alor Setar.. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini…hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.

Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..

Boleh Ustaz jadi ayah angkat?

Saya bawa pakcik pindah yer. Nak. Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar.

Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.

Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai disitu. Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua-ebitlew

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

 

Semoga urusan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan ini dapat dijadikan iktibar buat semua. Bantulah jika anda berkemampuan. Sesungguhnya tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima.

 

Baca juga:

Kecewa Duit BPN Tak Masuk..Cermin Bank BSN Dipecahkan!

Dek Kerana PKP, Nikah Online Pertama Di Malaysia Jadi Realiti

 

 

 

 

 

Sumber : Facebook EbitLew

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna