“Takde Sebelah Tak Bermakna Saya Cacat..”-Penghidap Kanser Payudara Ini Tabah Berjuang Demi Keluarga

Dalam dunia ni, siapa yang mahu sakit? Bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan kerana setiap pasangan suami isteri akan diuji dengan pelbagai bentuk halangan dan dugaan bagi membuktikan adakah mereka mampu mengharunginya atau pun tidak. Bila sudah termeterai ikatan yang sah pasti anda akan berjanji untuk susah senang bersama, bait-bait kata itu dapat Donna mengaitkan dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita yang berusia 30 an dikenali sebagai Siti menghidapi penyakit kanser.

Masih terngiang-ngiang lagi dalam minda Siti tentang berita yang keluar daripada mulut doktor itu, menyatakan bahawa Siti menghidap kanser payudara tahap tiga. Hati mana yang tidak runtun apabila mendapat khabar seperti itu, pasangan suami isteri ini diuji hebat oleh tuhan sehingga tidak dapat digambarkan kesedihan yang dialami.

“Saya rasa semua orang alami perkara yang sama, yelah doktor mana yang sanggup kata pesakit dia ada masalah penyakit kronik, jadi bila pertama kali doktor cakap sebenarnya saya dah dapat agak. Puan actually I hate to tell this, but I have too…”

Perkara pertama terlintas difikiran Siti adalah mati sebaik sahaja dia mendapat tahu berita tersebut. Bagaimana dengan anak-anak, suami dan keluarga yang lain? Pada awalnya, dia tidak pernah berasa sakit di bawah ketiak atau bahagian payudara sehingga ada satu ketika keadaan seperti mencucuk di bahagian ketiak dan baru dia mula sedar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Kanser Bukan Penghalang Kebahagiaan

Bagaimana seorang suami mahu menerima seorang isteri yang cacat tubuh badannya? Mungkin ini adalah persoalan dan tanda tanya yang paling besar buat seorang wanita yang menghidapi penyakit kanser, namun tidak buat suami Siti. Sebaik sahaja mendapat tahu isterinya menghidap kanser, dia bersikap tenang dan sangat optimistik.

“Dia individu yang paling saya rapat, dan dia juga orang pertama yang tahu tentang penyakit ini. Apa yang mengejutkan saya, mereka lebih kuat berbanding saya bila tahu saya ada kanser sebab itu sampai sekarang saya masih bertahan. Suami saya pesan, kita kena ingat orang yang sayang pada kita, kalau kita berputus asa pun tidak guna.

Hampir dua minggu Siti kemurungan dan sedih, tetapi suaminya terus memberi semangat dengan mengambil inisiatif untuk bawa Siti pergi program-program kesedaran tentang penyakit kanser payudara. Wanita ini bertuah kerana memiliki pasangan yang sentiasa dapat menenangkan hatinya dan memujuk untuk terus bangkit kerana sudah ramai penyakit kanser yang lain berjaya hidup seperti orang biasa.

Kalau Tak Ada Benda Tu, Saya Cacat…

Apabila doktor mencadangkan kepada Siti untuk buang sebelah payudara, dia hanya berfikir bahawa dia akan menjadi cacat selama-lamanya. Bagi Siti menjadi seorang wanita tanpa payudara adalah tidak sempurna, mungkin masyarakat sekarang menjadi semakin tabu dengan menjadikan payudara itu adalah aset wanita yang berharga buat lelaki. Pada mulanya dia berfikiran seperti itu juga, tetapi bagi suami Siti kenapa harus berfikiran seperti itu sedangkan perkahwinan bukan semata-mata terletak pada seks dan nafsu semata.

“Awak tak faham sebab awak lelaki, kalau saya tak ada benda tu sebelah saya cacat”

“Kalau saya nak cari perempuan lain, dah lama saya cari, saya kawin dengan awak sebab benda-benda tu dan kenapa perlu takut atau risau yang payudara tu untuk dibuang, sedangkan payudara adalah pinjaman daripada Allah. Buang sahaja, perubatan sekarang sangat moden jadi tak perlu risau”

Ambil Langkah Awal

Perasaan kesal masih menghantui dalam diri Siti kerana jika dapat diputarkan semula masa dia tidak mahu ambil ringan terhadap perubahan yang berlaku pada tubuh badannya sehingga ia membawa kepada penyakit maut. Tetapi wanita ini percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan apa yang lebih mengagumkan dia menjadi semakin positif berbanding orang lain.

Bagi pesakit kanser yang sedang berjuang untuk melawan kanser payudara, setiap kali anda titipkan doa letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah dah semua orang pasti akan mati. Positif kan diri dan minda untuk terus kekal bangkit supaya lebih kuat untuk lawan kanser tersebut.

 

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Saya Tak Nak Terus Berada Dalam Perkahwinan Yang Penuh Toksik Ni Lufya Omar Kesal

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna