Tak Tahu Nak Ke Mana Waktu PKPP? Pergilah Muzium Supaya Umur Boleh Panjang

Apabila kerajaan mengumumkan kita berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, banyaklah kelongaran yang diberikan. Ini semua berkat hasil usaha dan kerjasama rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan kerajaan. Sehingga Ogos, kita dibenarkan untuk menyokong industri pelancongan yang teruk terjejas.

Tak tahu nak pergi mana? Apa kata anda pergi ke galeri atau muzium. Bukan apa, kajian yang dilakukan di University College London kepada 6,710 orang dewasa lebih daripada 50 tahun menunjukkan hasil tersebut.

via GIPHY

Para peserta melaporkan sering mengambil bahagian dalam acara seni termasuklah mengunjungi teater, konsert, opera, muzium, galeri seni dan pameran. Usia mereka dianggarkan 12 tahun lebih panjang.

Menurut AFP, kajian yang diterbitkan The British Medical Journal menyatakan orang yang terlibat seni antara 1-2 kali setahun boleh memiliki risiko kematian lebih rendah sebanyak 14 peratus berbanding mereka yang tidak pernah terlibat dengan acara seni.

via GIPHY

Ini kerana, seni sebenarnya boleh memanjangkan usia, meningkatkan kesihatan mental, mengurangkan rasa kesepian, mengembangkan pemikiran, mengurangkan perbuatan buruk.

Kalau anda nak tahu, kajian sebelum ini pun ada cakap yang dunia seni sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental seseorang iaitu depresi, demensia, sakit kronik dan cepat penat.

Jadi, lepas ini apa kata anda rajinkan diri ke balai seni atau muzium supaya umur lebih panjang. Tapi ingat, jangan lupa untuk jaga jarak sosial dan amalkan penjagaan kesihatan sendiri.

Bila dah jalan-jalan tu, mestilah malas nak masak kan? Jangan risau, pergi sahaja beli lauk dekat luar dan makan di rumah. Beli saja di sini alang-alang tengah murah.

via GIPHY

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna