Tak Tahu Nak Gantung Apa Dekat Dinding? Tengok Cara Martha Stewart Hias

Bahagian dinding rumah adalah elemen paling asas untuk menghias. Cukup main dengan warna dan gantungkan frame sebagai penyeri rumah. Kalau dinding tak diwarna dengan cat, frame akan ambil alih untuk menjadi pelengkap hiasan rumah. Kalau gagal main dengan dua elemen ni, rumah confirm akan nampak kosong tak kusam.

Mesti ada di antara anda binggung bagaimana nak susun, mix and match frame yang bergantungan. Iyalah, takut nampak  macam kedai jual frame pula nanti. Terlalu banyak dan serabut! Apa yang memeningkan lagi, nak gantung frame apa je? Tak ada idea ni!

Sumber: freestockphoto

Janganlah pening-pening kepala, jom kita tengok macam mana Martha Stewart beri idea menghias dinding. Nanti bolehlah buat rujukan.

Cermin berbingkai

Cari bingkai cermin yang cantik dan berkerawang, letak di satu bahagian dinding khas untuk cermin saja. Nak lagi mudah, beli bingkai cermin yang bersaiz besar yang boleh memenuhi separuh dinding rumah anda.

Cara susunan

Selalunya, bingkas atau hiasan dinding akan diletakkan di bahagian ruang tamu, ruang makan atau ruang istirehat. Saiz bingkai yang digunakan pun tidak terlalu besar sehingga satu bingkai memuatkan satu bahagian dinding. Cukup dua atau tiga dan disusun mengikut kebesaran saiz atau dengan teratur sama ada melintang atau menegak.

Tingkap dan bingkai

Kalau bahagian dinding anda mempunyai elemen tingkap seperti gambar di bawah, bahagian tengah-tengah cukup hias dinding dengan satu bingkai gambar je, tak pun gantungkan cermin berkerawang.

Apa pun ia bergantung pada isi perabot pada ruang tersebut. Kalau dah banyak perabot, hiasan dinding yang simple pun dah cukup memberi impak pada ruangan tersebut.

Sumber: unsplash

Tip:

Menurut Martha Stewart, kalau tak nak pening fikirkan soal hiasan dinding ni sesuai atau tidak, cuba fokuskan pada penggunaan warna dan jenis cat dan juga penggunaan perabot rumah. Kalau dua perkara ni anda mahir, bingkai dinding tak menjadi masalah. Letak apa pun tetap nampak cantik sebab ia hanyalah penyeri rumah.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Percaya Atau Tak, Reka Bentuk Tingkap Yang Unik Mempengaruhi Aura Sebuah Rumah ,

Sebulan Sekali Pastikan Barangan Rumah Ini Dicuci & Dibersihkan

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: marthastewart

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna