Tak Susah Pun, Ini Antara Inisiatif Bersenam Bersama Si Kecil

Simptom kebanyakan para ibu bila sudah memiliki zuriat akan menjadikan masa mereka lebih padat dengan menguruskan banyak hal sampaikan diri sendiri tak terurus. Kecuali yang memiliki pembantu, mungkin gaya hidup mereka lain daripada yang tidak memiliki.

Itu bukan satu masalah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Lihat sajalah, perkongsian video pelakon Sharifah Sakinah sedang bersenam bersama anak perempuannya di sebuah gimnasium. Comel kan? Secara tak langsung mereka pun melakukan senaman.

View this post on Instagram

Another great inspiring story from a mother daughter team! Tag your workout buddy here ⬇️

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Tapi, itu kepada yang mempunyai masa senggang. Kepada yang tidak ada, anda boleh je lakukan di rumah. Antara senaman yang anda boleh lakukan di rumah bersama si kecil adalah seperti pergerakan berikut.

Inisiatif yang lain…

Lakukan lebih kurang dalam 5-10 minit dengan pergerakkan yang berbeza setiap selang 2 minit. Bukan apa, takut si manja bosan, nanti merengek pula dia. Yang penting lakukan dengan konsisten iaitu pada setiap hari.

Video senaman bersama si kecil…

Mungkin menerusi gambar saja ada di antara anda tidak faham bagaimana pergerakan sepenuhnya yang sepatut di lakukan. Jadi, kami sediakan video sebagai panduan.

Banyak je cara senaman untuk dilakukan. Ingin ditekankan, dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum membuat pergerakan dengan si comel. Bukan apa, ketahanan badan setiap orang berbeza malah untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kecederaaan.

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Guna Alternatif Ini Untuk Pupuk Semangat Patriotik Si Kecil ,

 Bantu Si Kecil Atasi Takut Dicucuk Jarum

 

Sumber: ig Sharifahsakinah

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna