“Tak Semua Lelaki Curang..” – Raihan

Baru saja reda dengan kisah curang Pencetus Ummah (PU) Abu, kini ada lagi kes curang berlaku dalam kalangan artis. Apa yang lebih mengejutkan lagi, artis tersebut berlaku curang dengan gadis TikTok berusia 17 tahun dan ini adalah kali keempat perlakuannya terkantoi secara terang-terangan.

Baca ini:

Betul ke sekali curang, selamanya tetap curang?

“Gambar Ni ‘Win’ Teruk!” – Alif Satar Perli Alif Aziz Isu Curang Kali Ke-4?

Mungkin ada benarnya pepatah mat saleh, once a cheateralways a cheater dan kebanyakannya berlaku dalam kalangan lelaki sehinggakan mereka digelar men are trash dalam kalangan pengguna media sosial. Dalam menjelaskan hal ini, kami telah menemubual salah seorang kumpulan Raihan untuk mendengar apakah pendapatnya.

Sumber: facebook Raihan

Iyalah, pasti ada sesetengah lelaki tidak berkelakuan sebegini rupa. Lain individu lain sikapnya. Donna yakin tidak semua lelaki berlaku curang terhadap pasangan. Misalnya, penyanyi Alif Satar dan usahawan kosmetik Aliff Syukri, tidak pernah ada gosip tentang orang ketiga. Harap momentum kesetiaan mereka kekal sampai akhir hayat.

Jadi, apakah punca lelaki itu berlaku curang? Menurut Abu Bakar Md Yatim selaku penyanyi kumpulan nasyid Raihan, dia mengatakan kita tidak boleh menunding jari sama ada wanita atau lelaki punca tercetusnya berlakunya curang kerana itu adalah ujian yang diberikan oleh Allah. Setiap orang, ada dugaan mereka sendiri dan berbeza-beza ujiannya.

“Seseorang itu diuji apabila mereka sudah mempunyai kekayaan harta di dunia, mempunyai nama yang besar atau erti kata lain sudah berada di puncak atas. Satu hal lagi yang kena tahu juga, ujian dalam hubungan bukan saja datang dengan cara orang ketiga muncul tetapi dugaan duit, masa, pangkat, dan lain-lain lagi.”

Tambahnya lagi, ujian Allah memang tak dapat nak dielakkan tapi untuk menghadapinya mereka harus menjaga batas dalam pergaulan, sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa dan ambil kesilapan yang lepas untuk dijadikan pengajaran.

Itulah pendapat dari salah seorang penyanyi nasyid Raihan. Kepada yang sudah berumahtangga, inilah nasihat berharga yang anda boleh guna pakai sepanjang mendirikan mahligai cinta bersama yang tersayang. Ingat! Jika kali kedua melakukan kesalahan yang sama, itu bukan ujian tapi pilihan. Bye!

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna