Tak Semestinya Suami Je Kena Romantik, Isteri Perlu Bertindak Dulu

Awak ni tak romantik lah!”

Biasa tak dengar ayat-ayat ni? Selalunya simptom ni berlaku pada pasangan yang dah lama berkahwin tapi sebenarnya semakin lama kita di alam perkahwinan sepatutnya semakin kuatlah sikap romantik tu. Kalau zaman bercinta dulu boleh beromantik, kenapa tidak di alam berumah tangga?

Tapi bila nak mengharapkan pasangan kita je nak bersikap beromantik, tak boleh juga. Kadang-kala, kita sebagai isteri perlu bertindak terlebih dahulu. Jangan berkira siapa suka romantik. Buat je benda-benda yang romantik. Untuk kebaikan hubungan anda juga, bukan untuk hubungan orang lain.

via GIPHY

Macam mana nak jadi isteri yang romantik? Nak kena bawa tempat makan yang mahal-mahal ke? Tak perlu pun,  kita guna skill ‘halus’ kita. Jom lihat senarai berikut.

Sisir rambut atau cabut uban

Bila dah berusia ni uban di kepala tu mesti dah makin berkampung. Bila masa lapang tu tak buat apa dengan pasangan, sambil baring-baring tu, belek rambut suami untuk cabut uban kepala mereka. Kalau tak pun sebelum dia gerak pergi ke tempat kerja, sisir rambut mereka dengan lemah lembut sambil memberi pujian seperti, “abang nampak handsome macam waktu bercinta dulu,” gitchew!

Sembur minyak wangi

Kalau suami botak, cuba lakukan perkara lain. Misalnya sembur minyak wangi sebelum pasangan bergerak keluar dari bilik. Tapi, sembur tu janganlah main sembur je. Sembur minyak wangi penuh kasih sayang. Selesai menyembur, bagi pujian sikit. Katakan, “barulah cinta hati saya ni wangi,”.

via GIPHY

Ketip kuku

Suami tak suka pakai minyak wangi? Tak apa, hujung minggu ni bila tak buat apa-apa dekat rumah, ajak suami ketip kuku sama-sama sambil ajak menyanyi ke, bercerita tentang kisah dulu ke. Tip lain pula, ketip kuku tu janganlah main ketip je sampai luka berdarah-darah, pastikan dicurahkan perasaan kasih sayang.

via GIPHY

Menemani di meja makan

Nampak remeh tapi tak ramai yang mampu buat. Kadag-kala tu ada yang teman tapi tak bersembang. Masing-masing sibuk dengan gajet atau dengan dunia sendiri. Tak bolehlah macam tu. Bila nak bersikap romantis ni, kita kena berkomunikasi, pandang tepat ke arah mata mereka bila sedang bercakap dan nada bercakap penuh lembut.

Misalnya, “sedap tak saya masak hari ni? Saya masak ni, semua lauk kegemaran abang tau,”. Secara tak langsung suami pun rasa dihargai walaupun dia tak luah dengan kata-kata

Kalau ada yang jenis suami memang tak bersikap romantik, tak apalah. Apa salahnya kalau kita yang bersikap romantis. Hubungan pun jadi bahagia. Betul tak?

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hubungan Makin Hambar, Tawan Semula Hati Pasangan Anda Dengan Cara Ini ,

Ajar Ilmu Hubungan Intim, Lelaki Ini Dedah Cara Hindar Jangkitan HIV Dalam Masa 72 Jam

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna