Tak Semestinya Bagi Duit, ‘Rewards’ Mak Ayah Kita Dengan Cara Ini Pun Boleh

Aku tiap bulan bagi mak ayah aku duit, cukup lah tu,”

Begitulah rata-rata ayat seorang anak bila sudah bekerja. Kononnya dengan pemberian duit sudah memadai untuk membalas jasa kedua orang tuanya. Hm, kalau ikutkan duit bukanlah segalanya. Cuba ingat semula sewaktu kita kecil, adakah orang tua kita hanya ‘menabur’ duit untuk membesar dan menjaga kita? Tak bukan?

Tak kira dari kecil hingga ke besar, mereka pasti ada membantu setakat yang termampu. Tak cukup ruang kalau nak senaraikan jasa mereka.

Kebetulan di media sosial salah seorang pengguna twitter, @meinmokhtar membangkitkan isu cara untuk membalas jasa ibu bapa walaupun pertolongan sekecil zarah. Perbincangan tersebut mendapat sambutan orang ramai mungkin kerana ianya adalah isu yang sensitif.

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila idea yang diberikan oleh @meinmokhtar adalah bukan menghulurkan kepingan duit je tapi cara lain juga. Antaranya belanja makan, belikan barang dapur, isi minyak kereta sampai penuh dan tolong bayarkan bil.

Dalam pada masa yang sama, ada beberapa netizen lain lagi yang berkongsi cara mereka membalas jasa ibu bapa mereka. Antaranya memasak, membersihkan rumah, buat mereka ketawa, bertanya khabar bila sudah lama berjauhan, ringankan beban mereka dan lain-lain lagi.

Oh! Donna ada satu lagi cara untuk buat hati ibu bapa kita rasa bahagia, dihargai dan tidak menyesal membesarkan kita. Mudah je, beri mereka kejutan dengan biarkan ibu bapa kita dating berdua di sebuah cafe. Klik saja di sini untuk dapatkan harga promosi di Superdeals!

Jelas sudah sekarang walaupun sudah berumah tangga, ia bukanlah satu tiket untuk melepaskan tanggungjawab sebagai seorang anak. Nak ikutkan, sampai bila-bila kita takkan mampu membalas jasa mereka walaupun kita gantikan susu badan kita. Sekecil-kecil membalas jasa ibu, titipkan doa yang baik buat mereka.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna