Tak Sedar Perbuatan Suami Sudah Kertelaluan Semasa Melakukan Hubungan Intim?

Alam perkahwinan merupakan perkara yang paling indah kerana ia adalah satu nikmat yang tuhan kurniakan kepada setiap pasangan untuk melayarinya dengan penuh kesabaran dan ketaatan. Kunci kebahagian rumahtangga bukan hanya terletak pada hubungan seksual sahaja malah ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab agar ia dapat memberi kebahagiaan pada rumahtangga berlandaskan agama.

Sebagai seorang isteri anda wajib untuk tahu bahawa isteri tidak perlu mentaati suami jika melakukan perkara yang dilarang. Walaupun tanggungjawab anda wajib melayan suami, tetapi hukum memasukkan zakar ke dalam dubur isteri adalah haram disisi agama.

Image result for husband and wife bed

Sumber: freepik

Mengikut riwayat An-Nasai, berjimaklah melalui depan atau belakang, jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid. Sudah jelas bahawa perkara tersebut dilarang sama sekali kerana dubur adalah tempat najis keluar. Buat pasangan suami isteri, tidak salah untuk mencuba pelbagai posisi atau teknik dalam hubungan seks tetapi zakar harus dihalakan pada lubang faraj.

Image result for husband and wife bed

Sumber: dailyexpress

Never say yes! Jika suami anda minta untuk melakukan perkara tersebut anda berhak untuk katakan tidak, dan harus menasihati suami kerana permintaannya itu adalah perbuatan yang dilarang dalam agama. Mungkin ada di di antara anda yang takut dimarahi oleh suami  untuk menolak keinginannya, maka anda boleh membuat aduan dan dapatkan bantuan ke Jabatan Agama Islam yang berdekatan dengan kawasan anda. Hormat pasangan anda dan jalani alam rumahtangga dengan penuh penghormatan agar ia sentiasa diberkati oleh tuhan.

 

 

 

Sumber: hukumliwat

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna