Tak Sampai 10 Minit Belajar Dekat Sekolah, Pelajar Ini Terima Berita Sedih

Semalam seluruh rakyat Malaysia kecoh dengan isu kemasukan kembali pelajar sekolah bagi tingkatan lima dan enam. Yelah, kes COVID-19 makin pulih. Kerajaan mulalah mengambil langkah membuka beberapa sektor secara berperingkat supaya dapat memutuskan rantaian wabak berjangkit ini.

Namun, bukan itu yang menjadi topik utama dalam artikel kali ini tapi kisah sedih dan ringkas yang terpaksa dilalui oleh seorang pelajar perempuan apabila menerima berita kematian bapanya pada hari pertama kemasukan sekolah.

Baru belajar 10 minit…

Walaupun berat dan perit tapi harus diterima dengan seikhlas hati. Menurutnya, berita ini diterima ketika dia baru saja 10 minit memulakan pembelajaran dan tiba-tiba penjaga keselamatan sekolah datang ke kelas untuk meminta izin cikgu untuk bawa dirinya turun kerana ibunya datang.

Waktu itulah berita sedih disampaikan di mana abahnya sudah pergi dijemput ilahi. Dia turut meminta orang ramai memberi sedekah Al-Fatihah buat abahnya dan juga sempat mencoret pesanan ringkas pada abahnya untuk menunggu kedatangannya di sana, aduh.. Mata kita pula berkaca.

Alhamdulillah, abang senyum je…

Tak cukup dengan itu, pelajar tersebut kongsikan rakaman video ringkas yang menunjukkan dirinya sempat mencium dahi abahnya sebelum dikebumikan. Tabahlah adik…

Semua dah selesai…

Sememangnya kita tidak tahu bila orang kita sayang pergi buat selamanya. Hargailah mereka sebelum terlambat kerana masa tak akan dapat berputar kembali tapi yang tinggal hanyalah kenangan.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Keadaan Hari Pertama Persekolahan Untuk Musim COVID-19

Sekolah Warga Asing Dah Mula Beroperasi?

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna