Tak Salah Lebihkan Duit Belanja Anak, Ajar Mereka Menabung!

Pejam celik kita dah sampai pun pada tahun 2020 siapa sangka sekejap sahaja masa berlalu. Anak-anak pun makin membesar dan sudah mula masuk ke alam persekolahan. Sebagai ibu bapa anda harus peka dengan perubahan nilai wang pada zaman kini dan ia tidak sama seperti dahulu.

Mesti mak-mak di luar sana pening kepala untuk sediakan duit poket anak-anakkan apatah lagi sekiranya anak ramai! Haa sebab tu anda sebagai ibu bapa perlu mengajar mereka makna di sebalik wang yang diberikan, bukan seperti orang dewasa yang dapat gaji. Jom lihat perkongsian di bawah kalau nak tahu lebih lanjut.

Image result for duit belanja anak"

Sumber: pa

Konsep Value Of Money

Agak-agaknya berapa jumlah yang relevan untuk diberi kepada mereka sebagai seorang pelajar dan murid? Sebelum tu, anda perlu tahu tujuan memberi wang saku kepada mereka adalah bertujuan untuk mendidik dari segi tabungan serta dapat mengadapatasi konsep value of money supaya tidak boros.

Isu jumlah wang yang harus diperuntukkan harus dititikberatkan ini kerana sebelum anda menghulurkan duit kepada mereka anda seharusnya terangkan di mana saluran wang tersebut diterima dan untuk apa diberikan kepada mereka misalnya seperti membeli makanan dan sebagainya.

Image result for duit belanja sekolah anak"

Sumber: bharian 

Didik Pada Peringkat Awal

Berdasarkan pandangan Dr Niki Shuhada Shukor seorang pakar motivasi menyatakan bahawa anak-anak perlu diajar daripada peringkat awal lagi hubungan antara duit dan kehidupan. Sebagai contoh, jika diberi RM 4 pesan pada mereka apabila pulang ke rumah membawa balik lebihan duit belanja sekolah, amalan ini akan lebih cenderung untuk mereka berjimat dan berbelanja dengan bijak.

Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu alert kerana jika diperhatikan semula anak-anak akan banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah jadi pastinya mereka perlu duit belanja yang cukup untuk mengisi perut. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, bait bait kata ini memang sesuai untuk disematkan kepada ibu bapa agar anak anda dapat dididik dengan baik sejak kecil lagi.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Gigih Nak Cantik Agaknya, Sanggup Minum Air Masak 7 Liter Boleh Jadi Kes Sawan Ni

Masyuk! Sambil Membeli Belah, Jom Belajar Buat Duit Tepi Dengan Pasar Online 

 

 

 

 

Sumber: gpsbestari 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna