Tak Reti Nak Pakai ‘Eyeliner Cat Eye’, Ikut Cara Genius Ni Kan Lebih Mudah

 “Ish tak reti lah nak pakai eyeliner, nanti comot sana sini”

Haa bab solekan ni wanita memang power, biasa lah nak cantik mesti kena ada effort baru lah anda akan tampil yakin dan ceria setiap hari. Tapi ramai di antara anda yang masih lagi belum tahu bagaimana teknik sebenar  untuk memakai eyeliner dengan betul. Celak mata ni penting tau kerana ia akan membuatkan wajah anda segar dan tidak kusam.

Ish jealous tengok orang lain pandai pakai, tapi tak apa kali ni Donna akan kongsikan kepada anda cara paling genius dan mudah untuk anda lakukan celak mata versi cat eye yang lebih dramatik agar anda turut kelihatan berseri dan cantik seperti orang lain. Jangan lupa keep scrolling dan kongsikan kepada rakan anda yang lain juga.

Image result for how to draw eyeliner

Sumber: shape

Ketahui Posisi Sebenar Celak Mata Yang Betul

Kedudukan atau posisi memakai celak mata yang tidak betul akan menyukarkan anda untuk mengaplikasi pada mata. Elakkan untuk memakainya dalam keadaan berdiri ia lebih baik sekiranya anda duduk dan letakkan tangan kanan di meja yang stabil sambil jari kelingking anda di pipi bagi menghindari kesalahan atau comot pada mata.

Jangan Tarik Hujung Mata

Opps salah tu! Haa teknik ni ramai wanita sering lakukan, tapi untuk pengetahuan anda jika lakukan ia secara kerap kemungkinan membuatkan mata anda lebih cepat kendur. Ini kerana kulit di bahagian mata adalah bahagian yang paling nipis. Jangan risau dan gelisah jika anda melakukan kesalahan sewaktu memakainya, gunakan cotton bud untuk memadamnya.

Image result for how to draw eyeliner

Sumber: brightside

Teknik Titik Dan Garis

Bagi beginner anda boleh lakukan teknik titik-titik atau garis pada kelopak mata terlebih dahulu. Fungsi garis tersebut membantu untuk menyamakan dan panduan bagi anda memakai celak mata dengan betul.

Gunakan Sudu Untuk Lebih Dramatik

Haa jangan terkejut jika anda terpaksa menggunakan sudu untuk memakai celak. Untuk dapatkan eye cat yang sempurna anda hanya perlu meletakkan di hujung mata dan jadikannya sebagai panduan untuk anda menarik celak ketika memakainya.

Jangan sedih atau gusar sekiranya cubaan pertama tidak menjadi, ingat practice makes perfect! Kalau dah selalu praktis pakai setiap hari mesti anda akan dapat hasilnya yang menakjubkan. Untuk tip kecantikan yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Rahsia Untuk Bantu Anda Nampak Cantik Walaupun Tanpa Makeup

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: beautyjapan

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna