Tak ‘Ready’ Lagi Nak Ada Anak? Cuba Posisi Ini Untuk Elak Hamil

Orang kata duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit dalam hidup ni. Sebab tu lah untuk mereka yang berkahwin, kita galakkan untuk merancang keluarga supaya setiap anak dapat merasai kehidupan yang selesa walaupun mak ayah berpendapatan rendah. Bila sentuh bab merancang keluarga ni, ada macam-macam cara boleh kita lakukan tapi sedihnya kebanyakkan cara memerlukan wanita untuk menelan pil, melalui beberapa rawatan yang agak sedikit menakutkan bagi sesetengah kita.

Apa perasaan anda jika kami katakan, ada cara lebih mudah dan anda tidak perlu menelan apa-apa pil pun untuk merancang kehamilan anda. Tapi, cara ini memerlukan kerjasama daripada suami okay kerana ini adalah posisi yang boleh anda lakukan untuk elak risiko hamil ketika bersama.

Image result for women on top

Sumber: berita

Posisi Berada Di Atas Pasangan 

Dengan cara ini suami dapat mengawal kadar tusukan zakar kerana berada di bawah dan kedalaman tusukan. Bukan itu sahaja, disebabkan faktor graviti ia mampu melambatkan air mani untuk sampai ke pangkal rahim seterusnya mengurangkan tingkat kadar proses persenyawaan.

Posisi 69

Lebih seronok dilakukan posisi ini jika anda yang bertubuh rendah dan pasangan lebih tinggi. Haa masa ni lah ambil peluang untuk suami dukung anda dan pastikan anda merangkul erat pada badan suami macam ‘baby’ gitu!

Related image

Sumber: id

Posisi Baring 

Semasa hubungan intim pun penting untuk ada win win situation, mana boleh satu pihak sahaja yang rasa puas betul tak? Cara ini menggalakkan pasangan untuk melakukan seks oral bersama-sama. Sama ada baring, atau berhadapan tetapi kepala pasangan berada di kaki.

Apa-apa pun ingat isteri masih boleh hamil walaupun zakar dirangsang di area klitoris. Walaupun pakai kondom pastikan zakar tidak dibiarkan lama dalam faraj untuk mengelakkan kondom tertanggal. Untuk lebih terperinci apa kata anda dan pasangan minta nasihat daripada doktor.

 

 

 

Untuk baca artikel yang lebih menarik anda boleh klik di sini :

Cara Ini Boleh Bantu Nafsu Seksual Anda Naik

 

 

 

 

Sumber: aseanparent

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna