Tak Ramai Yang Tahu Perkara Yang Lelaki Tertarik Pada Wanita

Kalau aku pakai macam ni, dia suka tak?”

Masalah ini sering menjadi isu utama dalam kalangan wanita terutamanya berstatus solo. Nak cari jodoh, bukan mudah tau. Ops! Mesti ada yang kata perigi cari timba kan? Zaman era moden ni dah tak ada istilah tu, lagi-lagi bila dan berganjak usia 3o-an ni.

Jadi, nak ada aura kenalah bersiap supaya ada tarikan sikit dan kali ni Donna akan kongsikan kepada anda apa yang sebenarnya lelaki suka bila tengok perempuan. Bukan pakaian seksi tapi ada benda lain yang anda tak tahu. Antaranya…

via GIPHY

Suara

Bercakap tentang suara, mesti anda fikir lelaki lebih mudah cair dengan wanita bersuara lembut dan manja kan? Sebenarnya kebanyakannya lebih suka dengan wanita bersuara serak. Hm, patutlah penyanyi rock tanah air iaitu Ella ada ramai peminat. Suara dia fuh! Merecik.

via GIPHY

Jenis kenderaan yang dibawa

Menurut sebuah kajian yang di lakukan di UK, ada sesetengah lelaki mengatakan mereka lebih tertarik dengan wanita yang menunggang kenderaan yang rare. Misalnya, motor yang ada clutch atau kereta manual. Bagi mereka,  perempuan akan kelihatan seksi bila menunggang kenderaan yang di luar norma.

via GIPHY

Bercakap dengan pergerakkan tangan

Ada sesetengah daripada kita bila bercakap tidak ada pergerakkan tangan tapi bagi kebanyakan lelaki pula, perempuan kelihatan comel bila mereka lihat seorang wanita bercakap dengan menggerakkan tangan. Ha, apa lagi? Bila bercakap tu gerakkan sikit tangan tu tapi jangan over pulak, ihiks!

via GIPHY

Ada pendirian

Kalau wanita sukakan lelaki yang mempunyai pendirian yang tegas. Lelaki pun sama. Menurut sebuah kajian Universiti Cambridge di UK, lelaki merasa lebih yakin bila mendampingi perempuan yang mempunyai pendirian tetap. Lagipun, tak mudah terikut dengan hasutan negatif orang lain.

via GIPHY

Berani tapi manja

Macam mana la berani tapi manja ni ye? Maksud di sini, walaupun dia berani melakukan aktiviti lasak, berani ambil risiko, berani berhadapan dengan masalah tapi ada sisi manja yang orang lain tak tahu. Iyalah, lelaki ni kan cair dengan perempuan manja.

Ha, antara senarai dekat atas ni ada tak dalam diri anda? Kalau ada, keluarkan. Tak semestinya nak kena bersolek 24 jam atau berpakaian seksi untuk menarik perhatian lelaki. Kadang kecantikan datang daripada dalaman. Selamat mencari jodoh!

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna