Tak Puas Makan Kuih Cakoi? Jom Buat Sendiri!

Warnanya yang kuning keemasan, sudah cukup untuk menarik minat para penggemarnya. Cakoi merupakan makanan yang mudah didapati bagi dinikmati untuk hidangan sarapan pagi dan minum petang.

Keunikkan cakoi juga boleh dinilai menerusi sos cicahannya yang pelbagai. Ada yang gemar makan bersama bubur nasi untuk sarapan, ada juga yang sukakannya bersama kaya atau sambal ikan bilis.

Sumber: anjangmuor’s

Selain beli dikedai, apa kata anda cuba untuk masak cakoi sendiri di rumah. Tak susah pun, Donna ada resepinya di bawah. Selamat mencuba!

Sumber: cari

Bahan-bahan

  1. 2 cawan tepung yang sudah di ayak
  2. 3/4 cawan air suam
  3. 1/2 sudu kecil yis
  4. 2 sudu besar gula
  5. 1 1/2 sudu besar minyak jagung
  6. 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam dan kacau sehingga sebati.
  2. Biarkan yis sehingga kembang. Lebih kurang 15-20 minit.
  3. Sementara menunggu yis kembang, satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
  4. Campurkan yis yang sudah dikembang ke dalam bekas besar tadi dan uli adunan sehingga tidak melekat di tangan untuk dijadikan doh.
  5. Biarkan doh selama sejam supaya doh kembang 2 kali ganda dari saiz asal.
  6. Tumbuk doh yang telah kembang  tadi dengan manja dan kasih sayang untuk mengeluarkan angin dalam doh.
  7. Kemudian, canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1 cm.
  8. Seterusnya, potong kecil-kecil secara melintang, letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan tekapkan kepada dua lapisan.
  9. Biarkan selama 5-10 minit supaya acuan kembang.
  10. Akhir sekali, tarik acuan tadi memanjang dan terus goreng sehingga warna cakoi keperangan.
  11. Hidangkan!

Nota;

  1. Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
  2. Uli adunan dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan cakoi yang lembut.
  3. Boleh tabur gula halus selepas cakoi di goreng.
Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna