Tak Puas Hati Bil Eletrik Melambung Masa PKP? Tuntut Je Dekat Tribunal

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang bil elektrik yang melambung. Mana tidaknya, semasa awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan bahawa terdapat potongan harga mengikut kadar penggunaan elektrik.

Malangnya, ramai rakyat rasa tertipu kerana bil elektrik yang dikenakan semasa PKP terlalu tinggi berbanding sebelum PKP. Ada yang mengatakan sebelum PKP jumlah penggunaan elektrik hanya RM30 hingga RM40 saja tapi semasa PKP bil mencecah RM493!

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersuara…

Rentetan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pengguna yang tidak berpuas hati dengan bil elektrik yang melambung tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

“Isu bil elektrik yang tinggi semasa PKP memang dalam perhatian kita. Kita sedar ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Jadi, buka fail di TTPM dengan bayaran fi RM5 dan kes akan diadili sebaiknya,” katanya.

Sumber: BH

Kepada yang masih lagi tidak tahu apa fungsi badan TTPM, ia adalah saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi berkenaan pembelian barangan atau perkhidmatan dengan kes boleh diselesaikan kurang daripada 60 hari.

Badan itu juga membolehkan pengguna memfailkan tuntutan tebus rugi terhadap pembelian barangan dan perkhidmatan yang tidak menepati apa yang diiklankan dengan amaun tidak lebih RM50,000.

Apa pun, goodluck! Semoga apa yang dituntut, dapat diadili dengan sewajarnya.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Eletrik!

Gaji Lumayan! 166 Gelandangan Sudah Dapat Kerja

 

 

 

 

 

Sumber: BH

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna