Tak Pernah Potong Rambut Selama 29 Tahun

Wanita memang sinonim dengan gaya rambut panjang.”

Disebabkan itu ramai wanita kurang gemar memotong rambut mereka. Namun untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik, mahu atau tidak hujung rambut perlu dipotong sedikit agar tiada masalah rambut bercabang atau sebagainya. Namun tidak bagi seorang wanita yang berasal daripada Rusia Alena Kravchenko. Alena yang berusia 34 tahun mengambil keputusan untuk membiarkan rambutnya tumbuh panjang tanpa dipotong sejak 29 tahun yang lepas. Kali terakhir rambutnya dipotong pada usia 5 tahun. Keadaan itu juga menyebabkan dia kini mempunyai rambut dengan kepanjangan lebih dua meter dan digelar sebagai Rapunzel iaitu satu karakter dongeng dari Jerman yang memiliki rambut panjang dengan kuasa sakti.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Kata Alana, ketika kecil ibunya selalu memberitahu kecantikan wanita terletak pada rambut. Jadi dia memegang kata-kata itu dan bertekad untuk membela rambut sehingga panjang. Walaupun kadangkala dia merasakan rambut ini menjadi bebanan dalam menjalani aktiviti harian, namun sehingga ke hari ini dia masih belum terfikir untuk memotongnya. Menurut Alana lagi, rambut panjang keperangan yang dimiliki ini bukan sahaja melambangkan identiti diri, malah menjadi kelebihan untuk berdandan apabila dia tidak perlu menggunakan bantuan rambut palsu.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Rambut Alana sudah berada pada paras punggung pada usia 18 tahun. Pada usia 20 tahun, rambut tersebut memanjang sehingga ke paras lutut dan ia kemudian berada pada paras kaki ketika usia mencecah 30 tahun. Pada mulanya semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Bagaimanapun ketika rambut tersebut sudah mula menjejak lantai, ia menjadikan kehidupannya bertambah rumit. Dia kerap tersadung dan pernah beberapa kali terjatuh di hadapan orang ramai hanya kerana terpijak rambut sendiri. Sejak daripada saat itu, Alana mula menyanggulnya bagi mengelakkan kejadian-kejadian memalukan berlaku.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Menurut Alana lagi, rambut tersebut hanya akan dibiarkan terurai ketika hujung minggu atau menghadiri mana-mana majlis keraian sahaja. Walaupun menyanggul membuatkan kehidupan hariannya bertambah mudah, namun kepalanya tetap akan berasa sakit dan berat. Mungkin akibat bebanan yang tertumpu pada satu bahagian sahaja.

Disebabkan rambut panjangnya itu, Alana menjalankan rutin mencuci rambut yang sangat teliti. Dia tidak boleh membasuh rambutnya di rumah. Sebaliknya, ia perlu dilakukan di salon rambut dua kali seminggu kerana perlu dibantu oleh orang lain.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Kerana itu juga Alana mengakui terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak hanya untuk rambutnya. Biarpun begitu, dia langsung tidak mempedulikan kos tersebut kerana begitu menginginkan rambut yang cantik. Alana juga berharap agar dua orang anak perempuannya mewarisi rambut panjang yang dimilikinya itu suatu hari nanti.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

 

 

 

Sumber: Dailymail

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna