Tak Perlu Suntikan & Telan Pil! Kaedah Implanon Cara Terbaik Merancang Keluarga

Merancang serta menjarak kehamilan bukan lagi perkara asing dalam keluarga di Malaysia.”

Kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan jadual kerja yang sibuk menyebabkan ramai memilih untuk tidak mempunyai cahaya mata dalam jumlah yang besar atau ramai. Lantaran itu tidak hairanlah kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk merancang keluarga bagi menjarakkan kehamilan serta mengehadkan bilangan anak.

Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan dan mudah diguna telah banyak diperkenalkan dalam perubatan moden. Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan wanita secara keseluruhannya.

Sumber Foto: thegolfclub

Antara kaedah terkini yang semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita adalah  kaedah implanon. Kaedah ini tidak memerlukan anda sentiasa peka waktu untuk menelan pil perancang atau datang ke temujanji untuk mengambil suntikan. Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas. Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian.

Sumber Foto: cellcode.us

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya. Implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian.

Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan. Jika lupa pun tidak mengapa, anda tidak akan hamil kecuali atas faktor tertentu.

Sumber Foto: Google Image

  • Implanon sesuai untuk wanita yang sedang menyusukan bayi.
  • Implanon adalah kaedah halangan yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan.
  • Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kaedah perancang adalah seperti pening kepala, jerawat. Ia mungkin juga boleh berlaku kepada si pemakai implanon.
  • Implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.

Info

Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

 

 

 

 

 

Sumber: drjuhaidah

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna