Tak Perlu Sental! Cara Ini Juga Dapat Bersihkan Karpet Rumah Anda

Kalau bab nak bersihkan rumah, bahagian bilik air dengan cuci karpet lah paling sukar sekali. Mana tak nya, kalau dah tertumpah air manis, takkan nak vakum je? Mestilah nak kena cuci karpet yang besar tu. Lagi-lagi bila karpet menjadi punca rumah berbau hapak!

Kadang tu, malas nak cuci punya pasal, lantai dibiarkan kosong tanpa menghiasi permaidani bercorak. Ish! Tak nak la macam tu. Rumah tak naik seri la nanti, nak ke? Dah! Sekarang ni, tak perlu nak pening lagi, jom baca cara cuci karpet tanpa perlu sental dengan garam ke apa ke. Senang je cara ni.

via GIPHY

Caranya…

Kutip dan buang

Bila nampak je kotoran terlekat pada karpet, terus kutip dan buang. Misalnya, kepingan keropok atau serpihan biskut Oreo Chocolate Coated. Kalau dibiarkan, habislah nanti mula berkulat, bersemut dan meninggalkan kotoran. Pastikan menjadi rutin check bahagian permukaan karpet.

Penyedut hampagas

Setiap hari mesti sapu rumah kan? Ha.. Bahagian karpet tu sapu dengan penyapu lidi atau penyedut hampagas. Nanti tak ada la habuk , pasir atau segala jenis kotoran berkumpul dekat celah-celah karpet. Lakukan dengan kerap.

Lap

Bila rumah ada si manja, kemungkinan besar untuk air tumpah atas karpet sangat tinggi. Jadi, bila air dah  tertumpah tu terus je lap dengan kain basah. Kemudian, keringkan dengan hair dryer dan sembur dengan semburan anti-bakteria. Rumah pun tak berbau hapak.

Dobi

3 bulan sekali, apa salahnya hantar je karpet dekat dobi untuk pembersihan. Tapi, kalau selalu bersihkan dengan penyedut hampagas, 6 bulan sekali pun boleh.

Ha.. mudah je kan? Tak payah sental, cuma kena lakukan pembersihan dengan konsisten atau erti kata lain, kena rajin.

Baking Soda

Selalunya bahan ini digunakan untuk masakan, namun baking soda yang sebenarnya adalah ‘pencuci’ semulajadi yang sangat efektif. Caranya mudah, cuma bancuhkan baking soda dengan sedikit air dan beruskan pada kotoran atas karpet hingga kotoran tertanggal.

Jika karpet anda berbau kepam, hapak atau tidak enak, taburkan baking soda di atas seluruh permukaannya dan biarkan seketika. Selepas beberapa jam, vakumkan karpet anda seperti biasa.

 

 

Untuk baca artikel selanjutnya, anda boleh klik senarai di sini:

Trick’ Kilatkan Skrin TV Paling Mudah ,

 Deko Rumah Dengan Sentuhan Hiasan Scandinavian

 

 

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna