Tak Perlu Sampai Ke Greece Dekat Thailand Pun Ada Santorini!

Sebut je pasal Thailand apa agak-agaknya yang terlintas di fikiran anda? Mesti anda terbayangkan pelbagai jenis makanan yang ada di Phuket, Bangkok dan Hatyai. Opss bukan setakat tu je, masih ramai lagi yang tidak tahu tentang satu lokasi menarik yang wajib anda lawati apabila sahaja di Thailand iaitu Hua Hin. Bunyi macam pelik je mesti jarang anda dengar betul tak?

Okay, bagi yang nak feeling-feeling berada di Santorini tapi tak cukup bajet, haa tak perlu pergi jauh-jauh sebab dekat Thailand pun ada. Untuk pengetahuan anda ia adalah kawasan bandar resort tepi pantai dan dulu ia merupakan sebuah kampung nelayan, sekarang sudah menjadi pekan yang cantik untuk penduduk di sekitar Bangkok.

Image result for hua hin santorini

Sumber : thestraits

Kebiasaanya jika hujung minggu atau pun hari cuti umum Hua Hin pasti akan dibanjiri oleh pengunjung tempatan. Bertemakan Santorini Greece, di sana pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati antaranya pantai, tempat beristirehat dan temple. Jika sampai sahaja di sana jangan lupa untuk mengenakan pakaian berwarna pastel lagi cantik untuk bergambar nanti!

Image result for the venezia hua hin

Sumber : klook

Image result for hua hin santorini

Sumber : dason 

Bukan itu sahaja, sesiapa yang ingin menikmati pemandangan pantai yang jernih air laut biru anda boleh berkunjung ke pantai Cha Am, Khao Takiab dan Pranburi. Destinasi ini amat sesuai sekiranya anda ingin bercuti bersama keluarga kerana untuk Hua Hin juga menyediakan tempat tarikan untuk anak-anak seperti beri makanan kepada haiwan jinak di taman rekreasi Camel Republic yang bertemakan seni bina Moroko.

Eh ingat dekat Itali je ke yang ada gondola, kat Hua Hin pun ada okay! The Venezia adalah tempat untuk anda menaiki gondola sepanjang 200 meter sambil menikmati pemandangan 316 buah kedai yang ada di sana. Menarik kan? So jangan lepaskan peluang anda dan rancang percutian ke sini bersama keluarga, memang jimat!

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Hapuskan Stigma Lelaki Kebal Tidak Boleh Hidap Kanser Payudara

 

 

 

Sumber : libur 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna