Tak Perlu Pergi Saloon, Dekat Bilik Sendiri Pun Dah Boleh Buat Rawatan Rambut

Rambut adalah mahkota wanita”

Ungkapan ini sudah familiar dalam kalangan wanita. Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit hanya untuk rambut mereka kelihatan lembut mengurai. Sayangnya, bahan yang digunakan menggandungi zat kimia yang tinggi serta alatan merawat rambut mampu membuat rambut mudah rapuh.

Ya, Donna faham memiliki rambut yang cantik adalah impian semua wanita tapi tahukah anda ada cara lain lagi selain dari membuat rawatan di mana-mana saloon. Caranya adalah merawat rambut menggunakan bahan homemade dan kaedah ini sesuai kepada yang mempunyai masalah hujung rambut bercabang.

Mudah saja, hanya sediakan bahan dan ikut langkah di bawah ni je.

Bahan-bahan

  1. Coklat bar Hershey’s
  2. Minyak vitamin E
  3. Yogurt 2 sudu

Langkah

  1. Panaskan coklat sehingga cair
  2. Campurkan minyak vitamin E.
  3. Masukkan yogurt 2 sudu.
  4. Letakkan pada hujung rambut yang bercabang.
  5. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan menitik atau comot.
  6. Biarkan selama 15 minit.
  7. Cuci dan lihat hasilnya.

Tak salah nak cuba rawatan homemade. Murah pun murah! Selamat mencuba.

Video di bawah anda boleh rujuk bahan dan langkah untuk lebih detail…

 

 

 

 

Sumber: instagram

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna