Tak Perlu Pencuci, Ikut 9 Syarat Ini Untuk Elakkan Faraj Berbau & Berlendir

Kebanyakan wanita akan menggunakan produk pencuci khas untuk membersihkan faraj. Kononnya nak memberi lebih perhatian pada bahagian faraj terutama wanita yang sudah berkahwin. Iyalah, kalau tak sabun bahagian faraj, nanti berbau pula. Tak nak la nanti suami tengah turn off lepas bau kepam kat bawah tu.

No! Sebenarnya anda silap kerana menurut salah seorang doktor, Dr. Amalina Bakri pencuci vagina tak perlu pun kerana faraj kita boleh bersihkan dengan sendirinya. Cukup sekadar bilas dengan air putih atau air paip yang bersih.

Alternatif lain untuk vagina kekal bersih dan tidak berbau…

  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan pH atau menyebabkan kegatalan.
  3. Gunakan pelapik seluar dalam pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
  4. Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  5. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  6. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gulanya.
  7. Amalkan gaya hidup sihat
  8. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas berhubungan intim.
  9. Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas berhubungan intim.

Untuk pengetahuan anda, vagina kita ada bau dia tersendiri kerana bergantung kepada gaya hidup dan pola pemakanan kita. Jadi, nak memastikan Miss V dalam keadaan bersih dan wangi, cukup dengan membilas setiap kali mandi dan membuang air kecil atau besar, bilas dengan air sehingga hilang kotoran najis. Okay?

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Inginkan Miss V Yang Sihat? Lakukan 2 Jenis Senaman Ini ,

 Miss V, Macam Mana Bau Anda Yang Sebenar?

 

 

 

 

 

Sumber: hm ,

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna