“Tak Perlu Pandang Orang Macam Tu…” – Hentikan Prejudis Terhadap Anak Penghidap HIV

Kebanyakan masyarakat masih lagi menganggap bahawa penyakit HIV boleh dijangkiti melalui sentuhan, berkongsi makanan dan berkongsi kemudahan awam.

Bercakap sahaja tentang penyakit HIV mungkin masih ramai di antara anda sudah ‘melekat’ dengan stigma bahawa pesakit ini tidak boleh didekati dan menjadi ketakutan besar buat masyarakat di luar sana. Lebih menyedihkan apabila ramai yang tidak mahu untuk memberi sokongan buat golongan ini malah menyisihkan pesakit walaupun ia bukan atas kehendak serta permintaan mereka sendiri.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Siapa sangka, anak adalah anugerah daripada tuhan namun ia diuji apabila penyakit tersebut datangnya daripada ibu kandung sendiri sehingga ia memusnahkan impian seorang anak untuk hidup seperti insan yang lain.

Image result for anak hiv"

Hidup Bergantung Pada Ubat

Siti atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Ngah yang berusia 22 tahun akur dengan penerimaan ujian yang dihadapinya apabila disahkan menghidap virus HIV sejak kecil lagi. Hidup bergantung hanya pada ubat, tetapi apa yang membuatkan dia terus berjuang sehingga sekarang adalah kerana kasih seorang wanita yang dipanggil Mama, pengasas Pusat Kebajikan Nurul Iman yang tidak pernah putus memberi kata semangat buat Siti untuk meneruskan kehidupan.

” Siti selalu tanya kenapa selalu kena pergi hospital lepas tu kena makan ubat. Bila dah masuk sekolah, baru Siti faham cikgu cerita tentang penyakit ni. Perkara pertama yang terdetik dalam hati Siti adalah kenapa benda ni jadi dekat Siti rasa sakit sangat hati ni bila kali pertama dapat tahu”

Image result for anak hiv"

Sumber: batam

Kami Pun Orang Biasa

Dia tidak pernah meminta untuk dapat penyakit sedemikian, namun apa yang penting buat Siti adalah sokongan daripada pihak luar terutama masyarakat agar tidak memandang serong dan menganggap bahawa mereka golongan yang tidak boleh didekati kerana tanggapan itu tidak benar sama sekali.

” Tak perlu pandang orang macam tu, sebab dia pun ada perasaan. Kami pun orang biasa, jangan bandingkan pesakit HIV atau tidak. Jika dapat putar masa balik, Siti harap dapat jadi normal balik seperti orang lain.”

Tertanya penghidap HIV ini seorang yang kuat dan sentiasa perlu diberi sinar baru untuk meneruskan kehidupan. Bagi masyarakat di luar sana Donna harap agar perkongsian ini dapat membuka mata untuk lebih prihatin dan tidak terus bersikap prejudis terhadap anak anugerah ini.

Jom ikuti temubual penuh Donna bersama Siti:

 

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Dah Jadi Menantu Jangan Buat Kepala Sendiri, Baru Lah Mertua Sayang!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna