Tak Perlu Malu! Guna Helah Ni Kalau Nak Sorok ‘Double Chin’

Ish kau tengok dia tu, dari jauh lagi dah nampak double chin! Patutlah hari-hari gigih pergi bersenam

Amboi sedap je mengata pasal orang kan, cuba cermin diri tu dulu! Wanita mana yang tidak mahu tampil cantik dan menawan sepanjang masa? Donna faham menjadi seorang wanita ni bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana pelbagai perkara yang perlu dititiberatkan terutama rupa paras dan penampilan.

Memiliki ‘double chin’ ni memang sesuatu perkara yang menakutkan buat kaum hawa. Untuk pengetahuan anda, ia sebenarnya adalah lemak yang berlebihan di bawah dagu yang sering membuatkan anda berasa tidak selesa dan kurang keyakinan. Tapi jangan risau, tak perlu berhabisan duit untuk pergi ke klinik kecantikan untuk buat rawatan tu semua. Jom lihat di bawah, 4 teknik solekan mudah untuk hilangkannya!

Image result for glossy lip"

Sumber: carousell

 

Warna Bibir

Percaya tak warna ‘lipstick’ anda memainkan peranan untuk sorok lemak bawah dagu anda? Haa teknik ni mungkin ramai yang belum tahu, jadi apa yang anda harus lakukan adalah dengan mengenakan glossy lipstick agar anda dapat mengubah perhatian orang lain dan mereka akan lebih fokuskan pada bibir anda sahaja.

Hairstyle 

Gaya rambut yang anda harus elak jika mahu tutup ‘double chin’ adalah gaya rambut ‘curly’ pada bahagian bawah kerana itu akan menampakka lagi lemak bawah dagu.

Image result for women in off shoulder"

Sumber: dhgate

Pilih Pakaian Yang Sesuai

Walaupun ianya di bahagian muka, tetapi pakaian juga penting untuk anda sorok ‘double chin’ tu. Elakkan untuk memakai turtle neck kerana ia akan menampakkan lagi lemak bawah dagu.

Aplikasi Teknik Contouring

Cara paling cepat dan berkesan, dengan menggunakan teknik solekan iaitu ‘conturing’ dengan menggelapkan di bahagian bawah dagu dan rahang. Tapi jangan terlalu gelap sangat pula ye dan gunakan warna terang pada bawah mata untuk lebih tampak seimbang.

Haa lepas ni tak perlu lagi malu, guna je helah di atas kan senang! Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Penting Sangat Ke Perbezaan Umur Dalam Perkahwinan?

 

 

 

 

 

Sumber: stylo

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna