Tak Perlu Makan Jamu, Lancarkan Kitaran Haid Secara Semula Jadi

Pernah tak anda berasa bimbang apabila kitaran haid datang secara tidak teratur? Kebiasaannya setiap bulan wanita akan mengalami proses mentruasi di mana darah kotor di rahim akan dikeluarkan dan berlaku dalam tempoh dua hingga tujuh hari. Anda perlu tahu bahawa period yang tidak teratur berlaku disebabkan beberapa perkara antaranya adalah tekanan, badan berasa letih dan pemakanan yang tidak sihat.

Bukan itu sahaja hormon yang tidak seimbang mampu memberi kesan kepada kitaran haid kerana ia mengikut tubuh badan seseorang. Sekarang ni banyak lambakan produk jamu yang diketengahkan untuk membantu melancarkan kitaran haid tapi cuba anda check dulu akan produk tersebut mendapat kelulusan dari jabatan kesihatan? Jangan sebarang makan, nanti jadi lain pula! Kali ini Donna akan kongsikan tip untuk melancarkan kitaran haid anda secara semula jadi dan lebih selamat.

 

Buah Jambu

Image result for guava

Sumber: organic

Sedapnya buah jambu! Selalunya ia dimakan sewaktu keadaan panas dicicah pula dengan serbuk asam umpph meleleh air liur dibuatnya. Tapi tahukah anda bahawa buah jambu adalah makanan yang kaya dengan vitamin C sebanyak 228mg. Ia akan membantu untuk melancarkan proses menstruasi dan secara tidak langsung memberi khasiat kepada tubuh badan.

Berat Badan Seimbang

Related image

Sumber: clinique

Nak makan tu boleh, tapi jangan sampai berlebihan nanti mula lah berat badan naik mendadak. Haa itu juga salah satu punca mengapa kitaran haid anda tidak teratur. Cara yang terbaik boleh anda lakukan adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang dan melakukan senaman ringan pada setiap minggu.

Jangan Stres!

Image result for period pain

Sumber: well

Walaupun nampak seperti perkara remeh dan tidak masuk akal, tapi sebenarnya sebab paling biasa haid tidak teratur apabila wanita mengalami tekanan. Penawar semula jadi yang paling terbaik adalah anda boleh lakukan dengan mengambil masa 30 minit untuk letakkan botol  berisi air panas di atas perut. Ingat lakukan aktiviti ini secara santai dalam keadaan baring atau membaca agar ia dapat memberi anda ketenangan dan elak stres.

 

 

 

 

Sumber: aidasue

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna