Tak Perlu Bajet Besar Untuk Cantik! Cuba Teknik Senaman Wajah & Urut Muka

Wanita memang sangat bimbang jika melihat kedut dan garis-garis halus mula kelihatan di bahagian muka. Oh no! Pasti murung seharian kerana ia menandakan usia semakin meningkat. Macam-macam alternatif dilakukan untuk menghilangkan kedut. Ada kebanyakkan wanita suka merawat muka dengan mengunjungi pusat-pusat kecantikan yang mahal untuk mendapatkan hasil yang cepat seperti suntikan anti penuaan. Tidak kurang juga mengamalkan diet makanan yang ketat demi untuk dapat wajah yang cantik sama ada melalui pengambilan suplemen atau vitamin. Cara itu semua tidak salah, namun terdapat kaedah yang dapat mengatasi kedutan dan melambatkan proses penuaan berlaku iaitu dengan teknik senaman wajah dan urutan muka. Amalan ini tidak memerlukan bajet yang tinggi selain sangat mudah dilakukan. Antara kebaikan kaedah ini adalah membantu melegakan tekanan, melembutkan otot, menguatkan tisu, merangsang saraf dan salur limfa.

SENAMAN MUKA

Sumber Foto: 123rf.com

Senaman pada wajah boleh diamalkan selama 5 hingga 10 minit setiap hari terutama selepas mandi atau semasa bersolek.

  • Dapatkan cermin muka yang besar kemudian berikan sedikit senyuman.
  • Gerakkan kedua-dua kening anda ke atas dan ke bawah.
  • Tutup mata kemudian urut kedua-dua pangkal sisi hidung anda.
  • Akhir sekali senyum menampakkan gigi anda.
  • Ulang ke semua aturan selama 10 kali setiap hari.

 

URUTAN MUKA

Sumber Foto: Google Image

Urutan muka boleh dilakukan sebelum atau selepas melakukan senaman muka selama 5 hingga 10 minit:

  • Mulakan di bahagian bawah bibir dengan meletakkan dua atau tiga jari kemudian gerakkan dengan lembut hingga ke arah sisi dahi. Ulang langkah dengan berikan sedikit tekanan dan tarik ke atas
  • Buka jari-jari anda dan letakkan di kawasan antara mata dan hidung. Gerakkan ke arah atas dan ke bawah bawah. Ulang seberapa kerap.
  • Guna hujung jari telunjuk dan urut bahagian kening dan kelopak mata.
  • Akhir sekali lakukan urutan bermula di bawah dagu dan naik ke atas. Ulang sekerap yang boleh untuk bantu hilangkan lemak di bawah dagu.
  • Ulang ke semua aturan selama 10  hingga 15 kali pergerakan.

 

 

Sumber: Akufisio

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna