Tak Payah Risau Kalau Bercuti Di Singapura, Ni Senarai Makanan Halal Memang Terbaik!

Dah sampai di Singapura tapi tak tahu nak cari makanan halal dekat mana? Haa, tak perlu risau kali ini Donna akan kongsikan kepada anda senarai tempat yang anda boleh singgah untuk merasai hidangan lazat dan sedap yang anda di sana tanpa rasa was-was terutama bagi yang beragama Islam.

Biasalah bila bercuti di luar negara, masalah utama bagi bagi orang Melayu adalah mencari makanan halal. Jadi anda boleh berpandukan artikel ini untuk memudahkan perjalanan anda ketika berada di sana.

Image result for restoran zam zam singapore

Sumber: mig

Restoran Zam-Zam

Buat yang teringin kudapan ringkas dan tidak mahu makanan yang terlalu berat, anda boleh singgah di restoran ini kerana terdapat murtabak yang cukup terkenal dengan saiz yang besar, tebal dan padat dengan isi. Tambah pula dengan keju Mozarella yang meleleh membuatkan peminat makanan tersebut menjadi pilihan ramai dan pelanggan tidak keruan untuk merasainya.

Image result for dim sum place

Dim Sum Place

Tercari tempat yang perfect nak makan Dim Sum dan pastikan ianya halal. Anda boleh datang ke sini kerana di penghujung hidangan anda boleh merasai klasik carrot cake, traditional egg tart dan juga siew mai.

Image result for muthu curry

Muthu’s Curry

Terasa nak pekena kari kepala ikan yang padu? Anda wajib singgah di sini kerana kuah karinya yang berlemak dengan rasa rempah ratus membuatkan ia begitu nikmat.

Related image

Restoran Mamanda

Kalau nak rasa tradisi makanan Singapura macam mana, anda boleh singgah di sini kerana ia berkonsepkan ‘fine dining’ dengan mengetengahkan masakan warisan Melayu tradisional.

Image result for ridhuan muslim delights

Ridhuan Muslim Delights

Terletak di kawasan industri Tuas, mereka menyediakan hidangan tradisional Cina seperti Dry Chili Beef Rice, Salted Egg Chicken Rice dan banyak lagi menu halal.

Memang terliur kalau tengok gambar-gambar di atas. Lepas ni kalau bercuti di Singapura anda tidak perlu lagi risau tentang makanan halal segalanya ada di Donna.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Wajib Try Street Food  Di Kuala Lumpur Sedap  Murah!

 

 

 

 

 

Sumber: makanhunter

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna