“Tak Payah Korek, Tahi Telinga Tak Perlu Dibersihkan,” -Doktor

Macam tak percaya bila baca benda ini. Yelah, dari kecil lagi kita dah diajar perkataan ‘tahi’ ini sejenis kekotoran yang mesti dibersihkan daripada tubuh badan kita. Rupa-rupanya lain pula ceritanya  bila sembang tentang tahi telinga.

Seorang doktor perubatan bernama Nimelesh bagaimanapun berkongsi satu nasihat di laman Twitter peribadinya menjelaskan tahi telinga tidak perlu dibersihkan kerana ia berfungsi untuk menapis kekotoran dari luar.

Kalau nampak ada kekotoran di luar permukaan telinga, anda boleh bersihkan. Tapi jangan korek hingga ke dalam telinga.

BACA:Luar Biasa! Labah-Labah Buat Sarang Dalam Telinga Warga Emas

Sekiranya tahi telingan anda sudah mengeras sehingga menyebabkan anda sakit atau kurang pendengaran, sila ke klinik untuk dapatkan rawatan. Memang ada kes tahi  sudah terlalu banyak di dalam telinga.

Sumber: Twitter

 

Bukan itu sahaja, doktor tersebut memberikan tip apa yang perlu dilakukan sekiranya telinga anda dimasuki serangga.

BACA: Kesian Bayi Ini Dilahirkan Cacat Telinga Kerana Produk Kecantikan Yang Digunakan Ibu

Lepas ini jangan lupa ingatkan adik-beradik dan juga keluarga kita tentang nasihat doktor ini. Tak sangka rupanya bahaya jika kita ada habit untuk korek telinga terlalu dalam sedangkan ia berfungsi untuk memerangkap kotoran daripada memasuki gegendang telinga kita.  Lepas ini dah tahu dah! Terima kasih doktor Twitter!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna