Tak Payah Beli, Mak-Mak Kena Cuba Resepi ‘Corn Dog Cheese’ Leleh!

Bila dah habis gelombang K-drama, haa sekarang ni makanan masyarakat Korea pula menjadi pilihan orang kita. Memang tidak dapat dinafikan ramai di antara anda yang mengambil peluang untuk melancong ke sana bagi menikmati hidangan dan mempelajari budaya di sana.

Pernah dengar ‘corn dog cheese’ tak yang viral sehingga kini? Ia merupakan salah satu  korean street food yang menjadi kegilaan ramai orang kerana kepadatan keju tarik membuatkan ia sangat menyelerakan. Tak perlu susah-susah beli, kan lebih jimat jika anda buat sendiri. Jom lihat resepi di bawah!

Bahan-bahan

Sosej
Mozarella blok
Breadcrumb
Lidi

Bahan-bahan untuk adunan tepung:

salut2

1. Tepung gandum 2 cawan
2. Baking powder 2 sudu
3. Garam secubit
4. Gula 1 sudu
5. Susu segar 1 cawan

Cara Penyediaan

Potong sosej dan mozarella saiz panjang. Cucuk sosej terlebih dahulu, kemudian cucuk mozarella pada lidi dan masukkan tepung, baking powder, garam, gula dan susu segar dalam satu bekas dan kacau sebati. Selepas itu, salutkan adunan tepung yang telah sebati pada sosej dan mozarella yang telah dicucuk tadi. Kemudian, salut pula dengan breadcrumb. Lalu, gorengkan ia dengan api yang panas dan minyak yang banyak dan tunggu sehingga warna keemasan. Setelah siap digoreng, letakkan sos cili, sos blackpeppercheese powder dan mayonis!

 

 

Umphh nampak pun dah sedap, apa tah lagi jika dimakan! Untuk resepi yang lebih menarik, anda boleh klik di sini :

Padu! Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli Bersama Gulai Ikan Tongkol

Pekat Dan Berempah! Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: thevocket 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna