Tak Nak Lama-Lama Dekat Dapur Masa Hari Raya? Ini 3 Petua Mudah Untuk Anda

Pung pang pung pang! Dah siap makanan dihidangkan atas meja, pecah peluh bila bersilat dalam dapur tambah lagi bila hari raya ni mesti tetamu nak datang ke rumah. Bayangkan kalau saudara mara ramai, sempat ke nak siapkan semua juadah dalam satu masa? Tambah lagi bila ada anak kecil, baru pegang periuk dah menangis. Ada tak yang macam ni?

Tak perlu risau lagi, kali ini Donna akan kongsikan petua mudah untuk anda ketika di dapur bagi mempercepatkan kerja anda. Buat para isteri, memang tak dapat dinafikan mesti anda pernah mengalami masalah bila menggoreng ayam atau ikan yang melekat dekat kuali. Satu hal pula terpaksa ambil masa yang lama untuk alihkan ikan di bahagian sebelah. Minyak dah panas, tetapi masih melekat? Jadi apa kata anda ambil dua tiga ulas bawang putih dan masukkan ke dalam minyak panas sebelum anda masukkan bahan yang anda nak goreng. Cubalah!

Image result for blend cili

Sumber: butterkicap

Blend siap-siap kan mudah? Mak-mak ni kalau tengah sibuk di dapur bahan yang nak masak pun dah berterabur. Untuk mudahkan anda, kisar terlebih dahulu bahan tumis seperti cili kering, bawang putih kemudian simpan dalam peti ais. Pastikan anda menggunakan bekas kedap udara, bila nak masak ambil je dah boleh terus guna.

Image result for cleaning kitchen

Sumber: reader

Peningnya nak bersihkan percikan minyak di dapur! Kalau dah masak gulai atau menggoreng mesti ada sisa kotoran yang melekat pada dapur. Walaupun minyak dah hilang bila lap, tapi still ada lagi rasa licin dan berminyak kan. Jangan risau, ambil sedikit tepung gandum dan taburkan pada kawasan yang terlibat. Kemudian cuci dan sental dengan air sabun, pastikan anda lap dan keringkan betul-betul ye. Harap perkongsian ini dapat membantu para ibu mempercepatkan kerja di dapur. Selamat Hari Raya!

 

 

 

Sumber: cikla

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna