“Tak Nak Kena ‘Jolok’, Duduk Rumah” – Doktor Ini Tunjuk Cara Rawatan COVID-19

Semenjak Perintah Pergerakan Kawalan dilaksanakan pada 18 Mac lalu, rakyat Malaysia menunjukkan sikap degil dan rasa tidak bertanggungjawab dengan masih berkeliaran di luar rumah tanpa hala tuju.

Lebih mengejutkan lagi, di Pulau Pinang, pasar basah beroperasi seperti biasa dan ramai anak muda melepak di luar. Kemudian, kawalan diketatkan dengan menghantar pihak askar membantu pihak polis mengawal keadaan.

Selain itu, beberapa barisan doktor yang aktif di media sosial juga turut mengambil kesempatan untuk membantu dalam memberi orang ramai kesedaran tentang bahayanya penyakit berjangkit, Koronavirus (COVID-19) ini.

via GIPHY

Alat perubatan yang digunakan…

Penyakit yang tidak mempunyai penawar membuatkan doktor di seluruh dunia mengamalkan konsep try and error untuk mengubati pesakit COVID-19.  Tapi, itu bukan lesen untuk kita berada di zon selesa. Jika ramai yang berdegil  dan tidak bantu memutuskan rantaian wabak ini, mampukah barisan hadapan COVID-19 bertahan?

Apa yang menarik perhatian kami apabila salah seorang doktor pakar jantung, Dr Beni Rusani memuat naik gambar beberapa peralatan perubatan yang mempunyai pelbagai bentuk untuk merawat pesakit COVID-19. Macam sabit rumput!

Malah, dia turut memerli sesetengah rakyat Malaysia yang enggan patuh arahan, jika ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah ingkar arahan pihak berkuasa.

Cara rawatan COVID-19…

Alat perubatan yang seperti sabit, Laryngoscope akan digunakan untuk membuka rongga ruang pada bahagian tekak supaya dapat memasukkan tiub panjang iaitu EET dalam saluran udara pernafasan. Kemudian, tiub panjang tersebt disambungkan ke mesin pernafasan yang disebut ventilator untuk membantu pesakit bernafas.

“Biasanya prosedur ini dilakukan sama ada dalam kecemasan apabila pesakit sudah tidak sedarkan diri atau sebagai ‘elektif’ jika pesakit masih sedar. Kami akan memasukkan tiub selepas memberi pesakit ubat tidur. Jangan risau, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membuat pesakit selesa dan kami akan mengeluarkan tiub (extubate) apabila mereka boleh bernafas sendiri,” jelasnya.

Nasihat Dr Amalina…

Tak cukup dengan itu, Dr Amalina Bakri turut memesan kepada orang ramai, jika anda tidak mahu di masukkan alat perubatan untuk proses intubasi, sila duduk rumah.

Itu bahasa cukup baik untuk menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah bagi membantu pihak kerajaan dan barisan perubatan memutus rantaian COVID-19.

Dengarlah nasihat, jika anda berdegil makin lama la perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan dan golongan yang bekerja sendiri makin susah untuk hidup.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

China Seronok Bebas COVID-19, Pasar Wuhan Kembali Jual Daging Eksotik Besar-Besaran

Dijangkiti COVID-19, Keluarga Ini Hiburkan Hati Dengan Main TikTok Di Hospital

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna