Tak Nak Bau Bawang? Ini Cara Pakai & Cari Wangian Yang Betul Untuk Badan Kita

Ish! Brand minyak wangi ni famous dan mahal, mesti wangi kalau aku pakai. Nak kena beli ni…”

Inilah ayat kebanyakkan orang kita kalau membeli minyak wangi. Nampak harga mahal je, mesti yakin pewangi tersebut mampu buat badan kita wangi sepanjang hari padahal ada cara pemilihan dan pemakaian minyak wangi yang betul. Bukan main beli dan bukan main sembur je.

Ya, kami faham wangian badan membuatkan orang sekeliling kita rasa selesa tapi kalau tak sesuai, sama je bau  badan kita bila tak pakai minyak wangi. Silap-silap membazir je duit beli pewangi mahal-mahal tapi tak ada bau. Kan dah rugi! Melainkan anda seorang pengumpul barang wangian.

via GIPHY

Nak tahu cara betul sebelum membeli dan memakai minyak wangi, jom ikuti penerangan dari seorang pengguna twitter yang juga merupakan perunding imej, @AimanPsikologi.

Jangan terlalu gopoh membeli…

Menerusi twitter beliau, dia menerangkan bahawa tidak semua minyak wangi sesuai dengan kita sebab kimia tubuh badan setiap orang berbeza. Malah, dia turut memberitahu dua jenis wangian yang sangat sesuai untuk para lelaki  adalah EDT atau EDC kerana lelaki mempunyai wangian mereka tersendiri.

Pakai selepas mandi

Aiman turut menambah dalam pemakaian minyak wangi pula, sebaiknya menyembur selepas mandi ketika suhu badan sedang sejuk, sembur di bahagian target hospot je dan pastikan tap tap saja antara kulit dengan kulit.

Tak perlu menggosok, menyapu atau meggesek cairan wangian di permukaan kulit kerana bau wangian akan rosak disebabkan haba geseran yang terhasil. Jadi biarkan cairan wangian meresap ke dalam kulit dengan sendiri.

Bahagian hotspot…

Ha, mesti ada yang tak tahu bahagian hotspot pada bahagian tubuh kita. Lihat imej di bawah.

 

Macam mana tahu wangian tu sesuai untuk kita?

Inilah kesalahan terbesar kebanyakan orang kita. Main beli je wangian yang mahal disebabkan mitos yang menghantui orang ramai di mana jenama mahal, akan menghasilkan bau yang tahan lama dan wangi.

Sebenarnya, bila memilih minyak wangi, sembur dua jenis bau wangian yang kita suka pada tangan yang berbeza kemudian biar dalam 10 minit dan cuba bau semula kawasan semburan tadi.

Mana yang bau hilang, itu yang sesuai dengan kita sebab cairan wangian meresap dalam kulit kita.

Pakai biarlah berpada-pada…

Akhir sekali dia menasihati agar pakai minyak wangi biarlah sekadar menghilang bau badan yang tidak menyenangkan. Cukup sekali sembur saja.

Mesti ada di antara anda yang selama ni spray minyak wangi pada baju je kan? Tidak mengapa, sekarang anda dah tahu bolehlah praktikkan. Bye!

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja artikel berikut:

Tak Ada Masa Nak Jaga Muka & Badan? ‘At Least’ Barang Ni Ada Dekat Meja Solek ,

Wanita & Minyak Wangi : Boleh Ke Pakai Ketika Puasa?

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna