Tak Mati Pun Kalau Anda Tak Ramai Kawan

Ketika anda susah dan bersedih, anda boleh bilang dengan jari siapa sahabat sejati sebenarnya yang sanggup menangis bersama.”

Seronoknya alahai ada ramai kawan-kawan. Nak ajak teman membeli-belah senang, kalau jual barang pun laku, maklumlah kawan ramai, mesti ada yang nak beli. Betul ke lagi ramai kawan lagi sempurna hidup anda? Sebenarnya kan, lebih ramai kawan buatkan anda rasa tidak bahagia tau.

Mana tidaknya, anda akan sibuk nak jaga hati semua kawan dan perlu pastikan kawan sentiasa bersama dan gembira di samping anda. Ia sekaligus buatkan anda lupa tentang diri sendiri dek kerana pentingkan persahabatan. Lebih malang sebenarnya kawan yang ramai hanya ada dengan anda ketika senang. Ketika anda susah dan bersedih, anda boleh bilang dengan jari siapa sahabat sejati sebenarnya yang sanggup menangis bersama.

Tidak dinafikan, persahabatan sangat penting dalam hidup setiap individu terutama pada usia yang makin meningkat. Memiliki sahabat yang betul-betul rapat memberikan kita teman dalam kehidupan seharian jadi bolehlah kita berkongsi suka dan duka bersama sepanjang hayat walaupun mempunyai keluarga dan pasangan hidup.

Pernah tak anda terfikir untuk menilai semula kawan? Tidak perlu rasa bersalah dan jangan risau jika orang kata anda seorang yang memilih kawan. Memang orang yang bijak adalah mereka yang tahu pilih kawan yang bermanfaat. Ini antara sebab anda tidak perlu mempunyai sahabat yang ramai dalam hidup.

via GIPHY

  • Kawan, anda boleh miliki berapa ramai sahaja kawan yang anda inginkan. Tetapi sahabat atau BFF istilah Best Friend Forever cukuplah sekadar tidak lebih dari 10 orang. Lagi kurang lagi bagus tau! Mempunyai ramai BFF tidak semestinya boleh menjanjikan kebahagiaan. Justeru, apa kata selepas ini anda mula hargai kawan anda seorang demi seorang dan nilai sejauh manakah dia menghargai diri anda.
  • Penat tau nak jaga hati setiap orang. Cuba bayangkan banyak hati perlu anda jaga. Habis tu siapa nak jaga hati anda? Dengan nak urus masalah keluarga lagi, anak-anak yang makin membesar, kerja di pejabat yang menggunung. Rasanya pada peringkat umur anda, ini bukan perkara yang menjadi keutamaan. Hadkan tinggal beberapa sahaja teman rapat yang perlu anda hubungi setiap hari.
  • Ramai kawan bermaksud anda perlu ada komitmen dan melayan segala drama swasta daripada mereka. Usia dah meningkat, kadangkala penat dengan karenah segelintir kawan yang lebih banyak beremosi daripada ‘cerdik’.
  • Bila ada ramai sangat teman rapat, kadangkala boleh menimbulkan pergaduhan sesama anda dengan kerap. Tidak mustahil ada yang inginkan perhatian yang lebih daripada anda, maka mereka sanggup melagakan atau memburuk-burukkan rakan yang lain.
  • Ada teman baik yang boleh memahami sempadan antara menjadi seorang rakan dan tidak mencampuri urusan peribadi. Banyak kes bila melibatkan urusan peribadi seperti bergaduh dengan pasangan atau ahli keluarga, kita perlukan masa untuk diri sendiri. Ada setengah rakan yang tidak mengerti, mungkin niat mereka baik untuk menjernihkan keadaan, tetapi tindakan melulu mereka kononnya ingin membantu boleh menyebabkan Perang Dunia meletus.
  • Apabila mempunyai rakan yang ramai, duit pun banyak habis. Bayangkan anda ada 30 rakan baik, dan perlu menghadiri setiap majlis ulang tahun kelahiran mereka saban tahun. Mahu tidak mahu anda perlu menyediakan hadiah untuk mereka. Bukan hendak berkira, tetapi kadangkala sedikit terbeban ya.

 

 

 

 

 

Sumber: myhealth.gov.my thecoverage.my

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna