Tak Mampu Bayar Sewa Sebab COVID, Tuan Rumah Minta Servis Seks & Gambar Bogel

Pandemik COVID-19 tidak hanya menyebabkan kebimbangan dan kerisauan apa lagi angka penularan yang tidak mencatatkan pengurangan yang kita mahukan. Bukan itu sahaja, ekonomi juga terganggu dan beberapa syarikat terpaksa gulung tikar.

Bila syarikat tutup, maka ramailah yang hilang pekerjaan. Mereka tak mampu bayar sewa rumah dan makan pun terpaksa dicatu. Telan sahaja apa yang ada di dapur. Tapi di Amerika Syarikat lain pula ceritanya.

Sumber: Outrage magazine

Jika penyewa tak mampu bayar sewa, pemilik rumah meminta servis seks dan gambar bogel penyewa wanita sebagai ganti daripada wang. OMG, bukan satu atau dua kes yang dilaporkan tau!

Kajian yang dijalankan Shelter Scotland menyatakan 220,000 wanita telah melaporkan kes yang serupa. Tuan rumah minta mereka melakukan seks sebagai ganti kos pembayaran. Keji betul.

Apa yang lebih menyedihkan ialah, seakan sudah menjadi trend yang disebut seks untuk sewa. Ia telah bermula sejak Februari sewaktu pandemik memuncak. Nampak sangat tuan rumah mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Sumber: Property guru

Sepatutnya dalam situasi ini, kita kena saling membantu untuk meringankan beban. Tanya khabar jiran-jiran sama ada mereka cukup makan atau tidak dan bukannya menambah lagi bebanan mereka.

Di Malaysia, masih tiada lagi kes sebegini. Namun, jika perkara ini berlaku kepada anda, segeralah laporkan kepada pihak berkuasa sebelum ramai lagi orang menjadi mangsa. Kita jaga kita.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Daily Star, Lobak Merah

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna