Tak Kisah Beza Agama, Surau Dekat PJ Beri Sumbangan Pada Keluarga Miskin

Kebaikan tak pernah mengenal rupa paras, budaya, bangsa mahupun agama. Apalagi untuk kita semua yang tinggal dalam masyarakat majmuk berbilang kaum di Malaysia. Penting sangat untuk kita saling hormat, menyayangi, saling tolak ansur dan membantu mereka yang memerlukan. Bukankah kebaikan ialah bahasa yang difahami oleh semua orang?

Ini ada satu cerita yang sangat menarik dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Syahril A. Kadir yang juga merupakan antara orang awal yang membincangkan idea gerubuk rezeki di Surau Al-Qudwah di Prima Damansara.

Gerubuk Rezeki ialah sebuah almari yang dikhaskan untuk memberikan sumbangan barangan makanan asas kepada penduduk seperti beras,  garam, gula, minyak masak, beras, tepung, gula, dan sos.

Rezeki itu bukan sahaja dikhaskan kepada orang Islam sahaja. Malah, mereka yang tidak berkemampuan juga boleh membawa pulang makanan asas. Ada dua orang berbangsa India datang ke gerubuk untuk mendapatkan barang sumbangan memandangkan masing-masing hidup susah sejak kematian suami.

“Pihak surau tak pernah menolak walaupun mereka bukan sebangsa dan seagama dengan kita. Ini adalah soalan manusia dan kemanusiaan.

Bukan India sahaja, orang Cina pun pernah datang ‘menumpang kasih’ di gerubuk kami

Walaupun yang menyumbang itu orang Islam, letaknya pun di surau, namun langsung tak ada notis MELAYU SAHAJA atau MUSLIM ONLY kami lekat kat almari gerubuk tu.

Kami juga tidak pernah ‘tarbiah’ pada non Muslim yang datang ke surau untuk ambil barang2 asas itu,” katanya.

Sumbangan yang diletakkan di almari itu pula bergantung kepada sumbangan penduduk. Kadangkala tak tahu dari mana datangnya sumbangan itu. Tahu-tahu almari itu sudah penuh.

“Ada yang bertanya bagaimana nak sumbang, datanglah saja ke surau kami yang tak seberapa itu.” ujarnya lagi.

Inilah contoh hidup bermasyarakat yang patut dicontohi oleh semua. Kita dah selalu sangat dengar banyak cerita orang bergaduh atau ahli politik cuba untuk membakar api keharmonian kita semua. Kisah Surau Al-Qudwah ini sedikit sebanyak masih lagi memberi harapan besar bahawa kebaikan masih lagi wujud di dunia ini walaupun berbza agama dan budaya. Syabas!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook Syahril A. Kadir

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna