Tak Kering Gusi! Nak Tengok Gorila Menjerit, Wajib Tonton Filem Dolittle Di Pawagam

Bila dah penat kerja, kadangkala mesti nak tenangkan diri dengan melakukan aktiviti santai karaoke atau menonton wayang betul tak?

Haa, dengar cerita lagi beberapa hari je filem Dolittle akan  ditayangkan di pawagam. Buat peminat lakonan Robert Downey Jr. pasti tak sabar-sabar nak tengok gelagatnya yang memainkan sebagai watak utama dalam filem ini.

Related image

Sumber: hollywood

Related image

Arahan Stephen Gaghan

Untuk pengetahuan anda, Stephen Gaghan merupakan pengarah bagi filem berkonsepkan fantasi komedi yang diadaptasikan dari karya ‘The Voyages of Doctor Dolittle’ yang berkisahkan tentang seorang ahli fizik yang mempunyai kelebihan dan kemahiran dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.

Bayangkan bagaimana agaknya pengembaraan Dr Dolittle bersama haiwan-haiwan yang dijaga olehnya? Kalau nak tahu anda wajib tonton filem ini pada hari Khamis 23 Januari di pawagam yang berdekatan dengan anda.

Nak tengok sneak peek filem ini? Universal Pictures berkongsi trailer filem ini agar anda semua dapat lihat bagaimana cerita ini memberi gambaran fantasi dalam pengambaraan Robert bersama haiwan yang boleh berkomunikasi dalam membantu menyelesaikan misi.

 

Pelbagai aksi dan ‘live action’ yang ditampilkan dalam filem ini membuatkan anda tidak kering gusi. Malah cerita ini bukan semata-mata berkonsepkan fantasi komedi, tetapi penulis skrip filem ini berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tidak kira apa jua halangan yang mendatang, tidak mustahil ia gagal sekiranya ada kerjasama di antara satu sama lain.

Anda rasa adakah Dr Dolittle dapat mengharungi segala cabaran? Jangan terlepas untuk menonton, ajak keluarga dan rakan-rakan untuk menonton bersama sementara tu boleh layan dulu trailer di atas okay!

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

3 Sentuhan Hebat Mampu Buat Pasangan Rasa Puas Dan Nikmat!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna