Tak Hanya Heronya Kacak! Drama Korea Ini Ajar Cara Nak Redakan Emosi Kalau Trauma

Beberapa hari berturut-turut menyaksikan drama Korea bertajuk  It’s Okay to Not Be Okay menjadi trending di laman sosial. Drama itu mengambil alih tumpuan The King: Eternal Monarch yang sebelum ini menjadi bualan setiap kali episod baharu ditayangkan di platform Netflix.

Lain sikit tema yang dibawakan drama ini apabila memberikan penekanan kepada topik kesihatan mental. Watak utamanya pula bukan calang-calang, ia dilakonkan oleh Kim Soo-hyun yang merupakan antara selebriti yang mendapat bayaran termahal di Korea pada tahun 2020.

BACA: Asyik Layan K-Drama Je, Sekarang Ni Layan Menu Korea Tteokbokki Pula

Kim Soo-hyun membawakan watak seorang lelaki yang bekerja di wad psikiatri dan banyak berurusan dengan pesakit mental. Dalam episod awal drama ini, dia juga menunjukkan cara bagaimana jika kita ingin menenangkan diri jika berhadapan dengan trauma.

Sumber: Says

Antara cara yang ditunjukkan ialah The Butterfly Hug Method. Tak susah nak guna cara ini, anda hanya perlu silangkan tangan ke dada dan tepuk ke dua tangan. Macam dalam scene ini.

Tarik nafas berulang kali sehingga anda rasa tenang dan gelisah menghilang. Teknik ini sangat berguna kepada ibu-ibu yang kadang-kala penat dan tertekan menjaga anak-anak. Kalau anda stress di tempat kerja pun boleh lakukan cara ini

Namun, kalau anda rasakan keadaan mental anda semakin teruk. Pergilan berjumpa dengan pakar atau doktor. Mereka lebih arif tentang apa yang anda alami.

BACA: Trending di Netflix, Ini 3 Sebab Wajib Tonton Drama Its Okay Not To Be Okay

Sumber: Says

Ingat, kesihatan mental ini sangat penting. Kalau anda rasa tak sihat, tak ada masalah untuk bertemu doktor dan dapatkan rawatan. Tak ada benda yang perlu ditakutkan.

Ada sesiapa yang layan drama Korea ini? Agak-agak anda rasa Kim Soo-hyun bercinta dengan siapa? Comel betul la! Ish, geram!!!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Says

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna